Islamic Widget

Saturday 6 November 2010

Terengganu oh... Terengganu ( Day 3 )

Lawatan pelajar SMKBM ke Terengganu anjuran Persatuan Pelajar Islam. ( 3 - 5 November 2010 )
Day 3 ( 5 Nov 2010 ) a.k.a Last Day
8.00 pagi
Pagi ini kami dijadualkan untuk bertolak awal. Destinasi utama pastinya Pasar Besar Kedai Payang. Itulah yang kami tertunggu-tunggu. Sabar ye semua orang... kejap lagi sampai. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 9.00 pagi. Sampai sahaja di sana, kami terus ke kedai makan untuk bersarapan. Dah berkeroncong perut semua orang. Banyak pula yang dijamahnya atas alasan nak mencuba  ;-)  Nasi dagang, nasi lemak, tupat palas, kayu kamat dll.. banyaknye yang dijual... mee sup pun ada rasanya.
9.15 pagi
Selesai bersarapan, kami pun pergi memburu barangan yang ingin dicari. Banyak betul kedai. Pening gak kepala bila dah banyak sangat. Cik Mah membawa kami ke sebuah kedai yang menjual batik. Dia kata kalau beli sepasang, dapatlah murah. Kedai tu boleh tahan harganya. Boleh tahannya... sampai RM200++ utk yg pompuan punya. Yang lelaki nye da RM100++ gak. Tu yang biasa2 nye kain. Belum lagi setanding “kain batik Kuala Lumpur” yang mencecah RM460 tapi konon diberi diskaun sehingga RM260. Hmm.. Cik Mah, saya nak beli sepasang untuk apa? Belum tiba masanya sy nk membeli batik untuk lelaki. Terima kasih jelah.. Kalau untuk hantaran pun nanti saya beli je la kat Jln TAR.. hehe! Oleh sebab saya ni kurang berminat dengan kain batik ni (melainkan hadiah drpd orang)... sy pun meneruskan perjalanan memburu rindu pada barang yang sememangnya telah tercatat dlm minda sejak sekian lama.. tapi rahsia.. hehe! Dapatlah 3 helai. Alhamdulillah, ada gak yg berkenan di hati.. maklumlah, cerewet sgt.. bkn senang nk dpt yg menepati citarasa. Kena bersabar memburu. Jd mmg ptutla rs bsyukur sgt. Kali ni, x beli byk sgt utk family. Bkn kedekut tp berjimat memandangkn brg yg dibeli ms gi Kelantan n Tganu sblm ni ada yg msih blum digunakn pun. Sama je brg2nye. Jd, beli yg perlu shj. Harap2 family suka lah...

11.00 pagi
Selesai membeli belah, kami pun berjalanlah menuju ke bas. Dalam perjalanan ke rumah Eca, pakcik bas offer tuk singgah di masjid terapung sekejap. Dapatlah bebudak ni ambil gambar ke. Sy x kisah coz da pernah dtg sini 3 tahun lepas. Tp, kira mengimbau kenangan lalu la jugak..kih3! Apa taknye, bercuti dengan orang popular gitu. Afad (Raihan) mmglah best. Suara dia, mmgla kelas gitu. X payah nk dgr radio. Sepanjang perjalanan didodoikan oleh nyanyiannya. Cukup2..! Usah dikenang peristiwa lalu..  ;-)   Bila dah selesai bergambar, kami pun meneruskan perjalanan. Kami singgah utk membeli keropok lekor 008. Sedap. Apalagi, borong lah. Mulanya beli sket je. Yelah, dok sorang2, sape plak yg nk mkn. Tp hati rs x sdap la plak. Kita dok mkn sorang2 kt sini. Teringat kt family. Kol mak lah.. hehe... akhirnya, decide.. balik kg lah jugak. Mulanya malas nk blk coz sekejap sgt tp xpe, lgpun dah lama x blk kg. Sekejap pun jd la. Lepaskan rindu. Sementara ada ruang dan waktu, biarpun sekejap jek...
12.45 tgh
Kami sampai ke rumah Eca. Terharu rasa sebab diterima sebagai tetamu. Terima kasih makcik coz bsusah payah masakkan makanan tghari utk kami serombongan ni. Nasi putih, ayam goreng, sayur, gulai ikan... Siap ada dessert lagi. “Belde” atau “Belede”. Hehe! Apa tu? Sama je dengan agar2, lengkung dsbg.. ikutlah, apa yg anda panggil di kg halaman masing2. Kenyang.. siap bungkus lagi. Semoga murah rezeki makcik sekeluarga nanti...
2.15 ptg
Kami beredar dr rumah Eca menuju ke KL. Tp byk pulak tempat yang disinggah lps itu. Dahlah singgah di gerai sata, pastu singgah lagi di gerai.. nk beli jagung n kacang rebus. Mmg pakcik bas ni melayan kami betul2. Yelah, nilah masanya nk tgk apape yg ptut. Ntah bila lg kami akan dtg ke sini lg..
Byk tempat yg kami singgah mbuatkn masa lari sket drpd jadual asal. Tp xpelah, bebudak pun ok je.. mereka pun nk tgk2 gak apa yg patut. Nk beli keropok kering di tempat lain pula. Nasib baik ler Ustzh Zue sebut ikan masin. Hampir terlupa dah. Kebetulan ada tinggal sekor jek ikan masin ikan merah. Lega.. klu tk, x sedap plak rs hati. Dapatlah buah tangan tuk ayah. Harap betul ler yg dibeli tu..
6.30 ptg
Kami tiba di Gambang. Kelam kabut ler coz x solat lagi. Lepas solat, gi makan. Sy n Eca minum milo panas je. X larat nk mkn coz dah byk sgt kropok lekor yg sy mkn td. Lps tu, trus solat maghrib. Pukul 7.30 mlm, kami pun naik bas semula menuju KL. Barulah terasa penatnya.. yelah, 3 hari 2 mlm kami bersukaria, jln2 merata tempat.
10.00 mlm
Seperti dijangka, kami tiba di sekolah pkl 10.00 mlm. Alhamdulillah, kami selamat dlm perjalanan pergi dan balik. Biarpun terdapat halangan, kami tetap bersyukur kerana dpt mengatasi setiap masalah dengan penuh sabar. Semoga pengalaman yg dilalui bersama akan menjadi kenangan terindah buat diri kami.

2 comments:

  1. Tahun depan jangan lupa ke KELATE pulok...my homestay...sedia berkhidmat!
    http://lepakhomestay.com

    ReplyDelete
  2. hehe.. k mah.. sy gi ni pun, org pelawa.. malu nk merancang.. haha! klu ada yg sudi pelawa.. insya Allah sy pergi.. klu sy free ler.. ;-)

    ReplyDelete