Islamic Widget

Monday 15 November 2010

Cukuplah ia bagiku...

~ Kerana di sini ia bermula ~
Pertama kali mendengarnya, rasa seakan-akan terpukul. Biarpun sebelum itu, kami disajikan dengan sesuatu yang amat mempersonakan. Suatu keajaiban dunia. Sedang menikmati keajaibannya serta mengagumi kebesaran ilmu Allah yang dikurniakan pada manusia, tiba-tiba kami diperdengarkan pula dengan frasa yang begitu kontra. Sungguh, betapa perlunya kita dikejutkan dari lena. Lena yang akan buatkan kita alpa. Kealpaan yang mampu menyebabkan kebinasaan pastinya.
Bila diimbas kembali, benar kata-kata itu. Itulah juga yang tersemat di hatiku. Tidak dapat kupastikan impaknya pada mereka yang lain. Namun bagi diriku,  selama ini, itu juga yang kuharap dapat diri ini lakukan. Hanya mungkin kerana faktor tertentu menyebabkan daku terlupa akan prinsip diri. Tp, apa ada pada prinsip? Kadang2, prinsip hidup akan menyebabkan manusia rugi kerana hakikatnya, bukan prinsip hidup yang diperjuangkan tetapi hanyalah keegoan diri yang cuba dipertahankan. Cuma bagiku, selagi prinsip itu bertepatan dengan apa yang daku perjuangkan.. selagi itu tidak ada salahnya ia ku pegang hingga bila2 pun.
Kini, diriku ingin kembali seperti dulu. Tidak bercadang mahukan ia berulang kembali. Cukuplah sekadar itu. Cukuplah 2 kali diri ini terlupa. Bukan untuk kali ketiga. Kerana yang kedua kali lebih memberi pengajaran tentang erti hidup dan kehidupan di bumi Tuhan. Amat menginsafkan bilamana diri ini diuji. Namun yang penting adalah hala tuju ku. Biarpun apa yang dilalui amat berliku, itu bukanlah yang utama. Ianya hanyalah pengajaran namun yang lebih penting adalah yang berada di hadapan iaitu kebenarannya, insyaAllah.
Seandainya ada pihak yang berfikir bahawa diriku tidak bersabar, terpulanglah.. kerana diri ini bukannya tidak mahu bersabar. Sedikit usaha telah ku ikhtiarkan biarpun mungkin tidak mencukupi pada kiraan manusia lain. Daku hanya tidak mahu berbuat sesuatu yang lebih daripada sepatutnya. Diriku telah menetapkan batasan itu, maka akan ku gariskan ia di situ. Cukuplah sekadar itu kerana segalanya telah kuserahkan pada yang Maha Berkuasa. Kini, ianya hanya antara aku dan Dia sahaja. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.
Justeru, diriku amat berharap semoga hari-hari mendatang lebih memberi makna pada kehidupanku. Dan juga semoga diri ini sentiasa bersederhana dalam segala perkara. Untuk berhenti setelah segalanya cukup kerana ia sebenarnya sudah memadai apabila kita bersederhana. Kerana tidak ada yang dapat menandingi kuasa Allah, yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.



~Berhenti apabila cukup,
memadai apabila sederhana~

No comments:

Post a Comment