Islamic Widget

Showing posts with label Studentsku Sayang. Show all posts
Showing posts with label Studentsku Sayang. Show all posts

Saturday, 19 November 2011

♥♥ My First Love ♥♥

♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥
  
3 July 2000 - 18 November 2011
11 years, 4 months and 15 days @ SMK Batu Muda.
Full of life.. full of memories.. loads of joy.. sheds of tears..
everything found in one little place I used to call home..
The place where I grew up to learn the true meaning of love..
Bertemu dan berpisah kerana Allah, pasti tidak gelisah... (✿◕‿◕)
Thanks for the lovely thoughts and kind words. They will remain in my heart, insyaAllah.
Pray for my success and health.
Thank you very much to all, from the depth of my heart..

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Tuesday, 9 November 2010

Semua Manusia Adalah Sama

Semlm adalah hari yang sgt mencabar. Diriku berhadapan dgn satu situasi di sekolah. Aduh.. adakah sy dah buat satu kesilapan.. tp niatku adalah untuk membuka matanya.. dan menyedarkannya. Mungkin dia sedang keliru. Sebagai seorang guru, pastinya sy ingin sahaja membantunya tidak kira bila n di mana sekalipun. Atau mungkinkah diriku tersilap bicara. Maklumlah.. sy kn bersemangat bila bercakap.. haha! Bila dia menangis..hmm.. terkejut sebenarnya.. tp sy cuba kontrol macho lg la. Dalam pada menasihatinya, sy hanya berdoa agar Allah berikan diriku ilham untuk berbicara demi meyakinkannya dan smoga Allah bukakan pintu hatinya untuk menerima apa yg baik.. jika x, sy x salahkannya pun. Mungkin dia ada alasannya yg tersendiri. Wallahua’lam.
The moral of the story: x kiralah ye apa pun situasi pg td ye... kita kena beringat.. buatlah yg terbaik untuk diri sendiri. Buat pilihan yg tepat. Seandainya kita keliru, mintalah tolong dr Allah. Bak kata Ustazah Zue yg berada bersama2 di tempat kejadian, “buat istikharah... slagi kabur2.. ha.. buat lagi istikharah.. smpai dpt jawapan..” haha! Serius kan dengar. Tp tu la hakikatnya, cuma kita yg slalu lupa utk minta petunjuk dr Allah. Bukan stakat nk pilih jodoh sahaja tau. Klu org Arab, nk gi shopping pun siap istikharah.. kita ni main redah jek slagi blh melangkah.. nk2 bila dpt sms: “Sale di Jusco..” haha! (11 nov ni sale tau.. bru dpt sms td-sempat lg tu iklan).
Apa yg blaku pg smlm adalah berpunca dr sikap atau pandangan negatif sesetengah pihak. Sebenarnya, rasa terkilan juga dengan sikap segelintir manusia yg sgt kolot pemikirannya. Ada beberapa kes juga yg sy dengar disebabkn ada pelajar yg berasa terlalu bangga sehingga sanggup memandang rendah pada orang lain. Sedangkan mereka sbenarnya tidak tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan.. kenapa rasa diri patut dipandang hebat shingga org lain blh dipersendakan..? Sedangkan semua manusia adalah sama di sisi Allah. Hanya iman dan taqwa yg membezakan mereka. Adakah ia kerana anda pasti bhw masa depan anda terlalu cerah? Tiada siapa yg dpt menentukannya.. kita hanya mampu berusaha. Seandainya kejayaan yg kita raih, alhamdulillah, jika tidak, pasti Allah telah memperuntukkan sesuatu yg lebih baik di sebalik kegagalan kita itu.
Aliran sebenarnya tidak menentukan kejayaan di masa hadapan. Ia hanya sbg suatu alat bg persiapan awal untuk pelajar yg bakal memasuki alam pekerjaan nanti. Jika ingin menjadi doktor, pastinya aliran sains hayat lebih menjamin masa depan. Jika anda ingin menjadi seorang pereka fesyen, xkanlah nk masuk bidang  sains pula. Tidak ada kaitan langsung. Begitu juga jika ingin menjadi seorang usahawan di bidang permotoran.. pastikan anda mempunyai latar belakang dlm bidang keusahawanan dan juga permotoran. Ha, yg ni sesuai kot utk pelajar MPV (7107) kita. Usahawan kecil-kecilan dahulu..ada rezeki, insya Allah brkembang maju juga satu hari nanti. Jadi, adakah di sekolah, pelajar2 disediakan untuk GAGAL dlm hidup? Tidak sama sakali. Semua org punyai harapan dan masa depan yg cerah. Cuma kita yg sendiri pilih bagaimana kita hendak mencorakkan masa depan kita. USAHA sgt2 penting. Tetapi selebihnya adalah urusan Allah.
Jadi usahlah pandang rendah dan menganggap diri maha hebat. Jika anda HEBAT, baguslah.. blh sy menumpang sedikit.. tp perlu diingat, ANDA HEBAT bukan bermaksud DIA TIDAK BERGUNA. Mereka juga hebat dlm bidang masing2. Doktor perlukan baju cantik untuk pergi berjalan @ masa bernikah, btul tak? Klu doktor tu pandai jahit secantik pakaian Radzwan Radzwill, baguslah. Bonus untuknya.. msti tinggi hantarannya kan? Tp klu tak pandai jahit, macamane pula? Nk pakai bju kelawar ke? Yg tukang jahit ni pulak, klu sakit, msti kena jmpa doktor, x gitu? Takkan nk minta ubat dr mekanik kot..? Hmm.. betapa kita sgt memerlukan antara satu sama lain. Jadi, tukarlah pemikiran kita. Suka ataupun tidak, KITA SALING MEMERLUKAN...
Hari ini, berita gembira untukku. Mungkin Allah telah membukakan pintu hati pelajar tersebut untuk melihat apa yg terbaik untuk dirinya sendiri. Semoga dia diberikan kekuatan dan kesabaran dlm membuat apa yg perlu dilakukannya. Diharapkn agar ianya menjadi motivasi dan pemangkin untuknya berusaha selagi terdaya. Semoga Allah sentiasa bersama. Sy doakan agar kejayaan milikmu, sayang.

Saturday, 6 November 2010

Terengganu oh... Terengganu ( Day 3 )

Lawatan pelajar SMKBM ke Terengganu anjuran Persatuan Pelajar Islam. ( 3 - 5 November 2010 )
Day 3 ( 5 Nov 2010 ) a.k.a Last Day
8.00 pagi
Pagi ini kami dijadualkan untuk bertolak awal. Destinasi utama pastinya Pasar Besar Kedai Payang. Itulah yang kami tertunggu-tunggu. Sabar ye semua orang... kejap lagi sampai. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 9.00 pagi. Sampai sahaja di sana, kami terus ke kedai makan untuk bersarapan. Dah berkeroncong perut semua orang. Banyak pula yang dijamahnya atas alasan nak mencuba  ;-)  Nasi dagang, nasi lemak, tupat palas, kayu kamat dll.. banyaknye yang dijual... mee sup pun ada rasanya.
9.15 pagi
Selesai bersarapan, kami pun pergi memburu barangan yang ingin dicari. Banyak betul kedai. Pening gak kepala bila dah banyak sangat. Cik Mah membawa kami ke sebuah kedai yang menjual batik. Dia kata kalau beli sepasang, dapatlah murah. Kedai tu boleh tahan harganya. Boleh tahannya... sampai RM200++ utk yg pompuan punya. Yang lelaki nye da RM100++ gak. Tu yang biasa2 nye kain. Belum lagi setanding “kain batik Kuala Lumpur” yang mencecah RM460 tapi konon diberi diskaun sehingga RM260. Hmm.. Cik Mah, saya nak beli sepasang untuk apa? Belum tiba masanya sy nk membeli batik untuk lelaki. Terima kasih jelah.. Kalau untuk hantaran pun nanti saya beli je la kat Jln TAR.. hehe! Oleh sebab saya ni kurang berminat dengan kain batik ni (melainkan hadiah drpd orang)... sy pun meneruskan perjalanan memburu rindu pada barang yang sememangnya telah tercatat dlm minda sejak sekian lama.. tapi rahsia.. hehe! Dapatlah 3 helai. Alhamdulillah, ada gak yg berkenan di hati.. maklumlah, cerewet sgt.. bkn senang nk dpt yg menepati citarasa. Kena bersabar memburu. Jd mmg ptutla rs bsyukur sgt. Kali ni, x beli byk sgt utk family. Bkn kedekut tp berjimat memandangkn brg yg dibeli ms gi Kelantan n Tganu sblm ni ada yg msih blum digunakn pun. Sama je brg2nye. Jd, beli yg perlu shj. Harap2 family suka lah...

11.00 pagi
Selesai membeli belah, kami pun berjalanlah menuju ke bas. Dalam perjalanan ke rumah Eca, pakcik bas offer tuk singgah di masjid terapung sekejap. Dapatlah bebudak ni ambil gambar ke. Sy x kisah coz da pernah dtg sini 3 tahun lepas. Tp, kira mengimbau kenangan lalu la jugak..kih3! Apa taknye, bercuti dengan orang popular gitu. Afad (Raihan) mmglah best. Suara dia, mmgla kelas gitu. X payah nk dgr radio. Sepanjang perjalanan didodoikan oleh nyanyiannya. Cukup2..! Usah dikenang peristiwa lalu..  ;-)   Bila dah selesai bergambar, kami pun meneruskan perjalanan. Kami singgah utk membeli keropok lekor 008. Sedap. Apalagi, borong lah. Mulanya beli sket je. Yelah, dok sorang2, sape plak yg nk mkn. Tp hati rs x sdap la plak. Kita dok mkn sorang2 kt sini. Teringat kt family. Kol mak lah.. hehe... akhirnya, decide.. balik kg lah jugak. Mulanya malas nk blk coz sekejap sgt tp xpe, lgpun dah lama x blk kg. Sekejap pun jd la. Lepaskan rindu. Sementara ada ruang dan waktu, biarpun sekejap jek...
12.45 tgh
Kami sampai ke rumah Eca. Terharu rasa sebab diterima sebagai tetamu. Terima kasih makcik coz bsusah payah masakkan makanan tghari utk kami serombongan ni. Nasi putih, ayam goreng, sayur, gulai ikan... Siap ada dessert lagi. “Belde” atau “Belede”. Hehe! Apa tu? Sama je dengan agar2, lengkung dsbg.. ikutlah, apa yg anda panggil di kg halaman masing2. Kenyang.. siap bungkus lagi. Semoga murah rezeki makcik sekeluarga nanti...
2.15 ptg
Kami beredar dr rumah Eca menuju ke KL. Tp byk pulak tempat yang disinggah lps itu. Dahlah singgah di gerai sata, pastu singgah lagi di gerai.. nk beli jagung n kacang rebus. Mmg pakcik bas ni melayan kami betul2. Yelah, nilah masanya nk tgk apape yg ptut. Ntah bila lg kami akan dtg ke sini lg..
Byk tempat yg kami singgah mbuatkn masa lari sket drpd jadual asal. Tp xpelah, bebudak pun ok je.. mereka pun nk tgk2 gak apa yg patut. Nk beli keropok kering di tempat lain pula. Nasib baik ler Ustzh Zue sebut ikan masin. Hampir terlupa dah. Kebetulan ada tinggal sekor jek ikan masin ikan merah. Lega.. klu tk, x sedap plak rs hati. Dapatlah buah tangan tuk ayah. Harap betul ler yg dibeli tu..
6.30 ptg
Kami tiba di Gambang. Kelam kabut ler coz x solat lagi. Lepas solat, gi makan. Sy n Eca minum milo panas je. X larat nk mkn coz dah byk sgt kropok lekor yg sy mkn td. Lps tu, trus solat maghrib. Pukul 7.30 mlm, kami pun naik bas semula menuju KL. Barulah terasa penatnya.. yelah, 3 hari 2 mlm kami bersukaria, jln2 merata tempat.
10.00 mlm
Seperti dijangka, kami tiba di sekolah pkl 10.00 mlm. Alhamdulillah, kami selamat dlm perjalanan pergi dan balik. Biarpun terdapat halangan, kami tetap bersyukur kerana dpt mengatasi setiap masalah dengan penuh sabar. Semoga pengalaman yg dilalui bersama akan menjadi kenangan terindah buat diri kami.

Thursday, 4 November 2010

Terengganu oh... Terengganu... ( Day 2 )

Lawatan pelajar SMKBM ke Terengganu anjuran Persatuan Pelajar Islam. ( 3 - 5 November 2010 )
Day 2 ( 4 Nov 2010 )

8.00 pagi
Alhamdulillah... kami dapat memulakan hari kami dengan bersarapan di gerai yang berada bertentangan dengan SMK Sultan Sulaiman. Menu pagi ini.. banyak.. tp sbb malas nk fikir, minta je lah nasi dagang. Kalau kt Taqwa, mmg confirm dah order tosei.. Malu pulak rasanya.. mungkin sbb dah terbiasa order milo ais.. selamba je la minta milo ais. Gaknye abang gerai tu pun mesti nk tergelak.. tp kontrol macho la tu.. rupanya.. org ganu x minum ais pagi2.. ye ke..? Hmm.. sia-sia jek ngaku org Ganu.. haha! So pagi td.. minum le teh tarik..
9.00 pagi
Dari gerai tu, berjalanlah kami patah balik ke bas yang sedang menunggu. Destinasi kami pagi ni ialah Taman Tamadun Islam. Kami tiba awal. Taman Monumen hanya dibuka pada pukul 10 pg. Jadi kami x lepaskan peluang untuk bergambar di kawasan sekitarnya, termasuklah di jeti sekali. Mmg sampai x larat nk senyum lah kiranya.. hehe! Bkn apa.. kami x pasti bilakah lagi dapat kami berkunjung ke sini lagi.. jadi kami gunakanlah kesempatan yang ada ini sebaik mungkin.
10.00 pagi
Kaunter tiket dibuka. Sebaik mendapat tiket, kami pun beredar ke jeti dan bersiap sedia untuk menaiki TTI River Cruise. Pengalaman yang sangat2 menarik dan membuatkn kami tersangatlah excited... Sepanjang 40 minit kembara kami dalam cruise tersebut, banyak pengetahuan yang kami dapat. Mmg “abang bot” tu sangatlah informative. Banyak gak yang ditanya oleh pelajar2 ni.. loyar buruk pun seperti biasa..  ;-)
10.45 pagi

Usah berlebih-lebihan...
~ Berhentilah apabila cukup,
memadailah apabila sederhana ~
 Apalagi, dapat sahaja passport, kami trus masuk ke Taman Monumen. Nilah yang ditunggu2. Ada 21 buah monumen drpd 20 buah negara di situ. Mula2 je, kami masuk ke Monumen yang paling glamer..hehe.. Masjid Negara. Then kami naik tram untuk ke destinasi seterusnya. Saje nk merasa naik tram. Rasanya terlalu banyak yang nk diceritakan tentang apa yg berlaku sepanjang aktiviti modelling kami di situ. bila jam dah tunjukkan pukul 12.45 tgh.. hmm..apalagi, mulalah mencari surau. Beberapa langkah sahaja, ternampak signboard.. di bawah satu monumen.. wah2.. beria2 lah Eca buat report kt Ustaz Mohd Nasrul Hadi.. kami di Masjid Nabawi... hehe! Yg sebenarnya, kami x nmpak lg pun apa monumennye sbb kami dr arah yg bertentangan.. selesai solat je.. tgk2.. hehe! Masjidil Haram la.. kwang3... free2 jek Ustaz Hadi kena kelentong...tp bukan sengaja tau... Jgn marah yek.. Banyak juga kenangan yg sempat dirakamkan walaupun rasanya x dpt nk menjelajah ke pelusuk taman tu.. apa taknya.. 4 ½ jam kt Taman Monumen tu shj. Mmg sangat2 berbaloi.. tp mungkin harganya mahal sedikit jika pergi secara individu. RM25 seorang utk dewasa. Kanak2 x ingat la pulak... tp bila memikirkan pengalaman n pengetahuan yg kami timba di situ.. mungkin tidak dpt dibeli dgn harga tersebut. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam kerana memberi ruang n peluang kepada kami bersama-sama bercuti. Sesungguhnya kami amat bersyukur...

3.15 ptg
Kami bertolak ke UMT untuk lawatan x rasmi. Manalah tau.. kot2 ada pelajar2 ni yg akan diterima masuk ke UMT ni.. ni motivasi tau! Insya Allah.. belajar rerajin yek.. Kami rounding UMT sekejap je. Xla rounding actually coz kena patah balik jln yg sama. Harap2 UMT ni capat2 lah diupgrade.. senang sket nk melawat. Anyway, mmg banyak bangunan yg sedang dlm proses pembinaan. Naik taraf la jugak tu kan.. Smoga bertambah maju lagi.
3.45 ptg
Kami beredar dr UMT.. mulanya nk gi ke Noor Arfa Batik tp x jadi. X payah la.. sok je. Da ptg sgt. So, kami pun ubah perancangan. Gi ke pantai Batu Buruk. Lepak kt pantai n main games ntah apape.. haha! Layan... lepas tu, kami gi gerai, apalagi, kropor lekor le.. n air kelapa. Teringin plak nk minum air kelapa. Kami pulang ke Homestay dlm kul 7.00 mlm. Apa lagi, lepak.. penat.. bersiap2 n skrg ni.. tgh menaip la ni. Bebudak.. biarkan diorg uruskan BBQ.. hehe! Hari ni bglah ckgu rehat... selalu klu camping ckgu gak yg watkn.. tul tak..? hehe! Thank you utk sumer bebudak rajin kt luar bilik ckgu tu... masak sedap2.. jgn smpai hangus... dah siap, panggil ckgu yek.. hehe!
9.00 mlm
BBQ nite... jeng3...  ;-)

With Qimmie ;-)


Terengganu oh.. Terengganu...

Lawatan pelajar SMKBM ke Terengganu anjuran Persatuan Pelajar Islam. ( 3 - 5 November 2010 )
Day 1 ( 3 Nov 2010 )
Hari ni, kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Pemergian kami diiringi oleh Pengetua SMKBM, Pn. Zakiah Abang Bawi serta Guru Kanan Kemanusiaan, Pn. Rosiah Mustaffa. Doakan keselamatan kami pergi dan pulang.
10.30 pagi
Berhenti di Hentian Rehat Temerloh untuk sarapan kerana ada di kalangan pelajar2 yang belum makan. Hmm...nasib baik la aku dah mkn dlm bas td.. Mee goreng kedai Harith.. satu bas msti bau td..haha!! Jadi, di sini, hanya temankan Eca makan.. then beli la roti n minyak Yu Yee cap Limau (lupa nk bawak).
11.00 pagi
Bergerak dari Hentian Rehat Temerloh. Perjalanan amat menyeronokkan.. utk beberapa ketika.. sbb lepas tu aku pun pengsan.. haha!
1.00 ptg
Hentian Rehat Chendor. Solat jamak takdim di sini. Then makan tghari trus. Malas nk mkn nasi coz baru jek rasanye mkn mee td.. so, beli lah ntah apape.. n terpaksa beli kuih gulung coz nk umpan Basir.. Asyik tercari-cari ummi yg tgh solat. Hmm.. dia x mkn umpan pun..jd kitaorg lak yg mkn.. 
2.00 ptg
Seperti yg dijanjikan, naik bas tuk teruskan perjalanan. Malangnya, tgu punya tgu.. Rupanya bas ada masalah. Terpaksa tgu bas dr Maran utk membawa kami ke destinasi. Mulanya dikatanya sejam jek lg bas akan tiba..  namun, kami hanya dpt menaikinya pada pukul 4.20ptg.. bkn sejam la bang. Apapun, aku bersyukur kerana  yakin bhw hikmah Allah pasti menyusul. Kami menaiki bas baru yg plastiknya masih belum dibuka pun. Jangan marah.. tapi naik bas PLKN. Bas  Alhamdulillah.. Cuma drivernye ganas sket.. relax pakcik.. gunung x lari pun jika dikejar...
7.25 mlm
Oleh kerana kesuntukan masa, plan terpaksa ditukar untuk jimatkn masa. Jadi kami pun per gi la ke Masjid Kristal dahulu. Kami tiba pd pkl 7.25 mlm. Dapatlah solat jamak jg di sini. Lepas tu, kami gi makan kt Pantai Batu Buruk. Hujan.. Pukul 10.15 mlm bertolak ke Homestay yg kami duduki.. hehe.. skrg ni sy di Homestay itulah..dan sy mohon diri untuk tidur dulu ye...ngantuk.. esok sambung lg, insya Allah.

Monday, 25 October 2010

BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN

Exam oh exam...
Hari ini bermulalah pertarungan para pelajar Tingkatan 4 SMKBM. Berdebar-debar pula rasanya.. Doaku agar mereka sentiasa bersedia..
Khusus untuk para pelajar 4 Dinamik dan 4 Gigih, semoga usaha kalian membuahkan hasil yang baik. Saya SAYANG kamu... tapi... JANGAN tiru aksi ini yek...