Islamic Widget

Sunday 31 October 2010

RESIPI...

Tetiba je saya nk share recipe ni (ihsan: Jiranku). Balik dr hi-tea nanti nak kena masak pudding ni. Recipe yang paling senang... Sblm ni, dpt yg susah n peningkn kepala nk buat... So, apa salahnya share, kan..? Sharing is caring ma... Cuba, jgn x cuba. If Miss Nora can do it, so can you.. hehe!

Caramel Pudding
Bhn2:
1 cwn gula (or 12 sudu besar / setengah mug) *klu xde cwn mcm i ler, hehe!
3 ½ sudu besar gula (ada org letak 4 sudu... I dah insaf..)
1 tin susu cair
4 biji telur
1 sudu besar esen vanilla/oren (nak sedap, letak parutan kecil kulit limau..org kata la.. i x pernah try)
Cara:
1.       Panaskn 1 cwn gula atas api. Kacau smpai cair n warna kuning. Then tutup api, kacau lagi, smpi jd warna coklat sket. Jgn smpai hangus (hitam).
2.       Tuang dalam Loyang.(if loyang yg bulat, i guna yang 15/16cm diameternya)
3.       Masukkan susu cair, 3 ½ sudu gula dan esen dalam blender. Blend sekejap.
4.       Then masukkan telur. Blend. Tekan dlm 3 kali je, sekejap2. Jgn smpi telur kembang.
5.       Then tuangkn adunan tu dlm Loyang yang ada gula hangus td.
6.       Kukus 20 minit. Api sederahana.
Senang kan...? Selamat mencuba...

Saturday 30 October 2010

Nilai Seorang Manusia

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Huraian
i) Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkahlakunya maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.
ii) Namun pada pandangan Allah S.W.T selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.
iii) Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.
iv) Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T.
v) Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.
vi) Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.

Friday 29 October 2010

METERI PERJANJIAN SETIA

Berjanjilah teman
Ukhuwwah kita yang terbina
Kerana cinta padaNya
Takkan terhalang
Oleh tembok minda manusia
Takkan hilang
Dek api yang menjulang
Takkan sirna
Dek kabus yang kelam
Tapi hanyakan musnah
Dek hati yang hitam

Source: Duhai Teman Sejatiku...

Thursday 28 October 2010

Selamat Hari Ulangtahun...Ayah..

27 Oktober 2010 sebenarnya, hari jadi Ayah yang ke 60. Alhamdulillah, smoga panjang umur dan murah rezeki serta dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Teruknya saya ni.. Hari Isnin ingat, tunggu la dulu.. Selasa, hmm.. saya ingat ke ek..? Lupa plak.. Rabu, hmm.. ingat.. tapi x sempat nk kol.. busy sangat... Nasib baik mak kol sbb nak bgtau berita gembira yang telah sekian lama kami nantikan. Alhamdulillah. Tp tu lah.. tunggu punya tunggu, sampai kita lupa.. kerja punya kerja.. sampai x sempat nk hubungi keluarga.. Padahal, dulu bukan main berkobar2, konon nk spend masa dgn family bila start kerja sbb mula Form 1 dah masuk asrama.. (ASPURI SSI JB). Hmm.. manusia dan janjinya..
Semoga Ayah lebih sihat dan semakin beransur pulih dari pembedahan kecil tu.. Semoga dengar nasihat mak.. jangan minum air gas.. x payah beli untuk Yayash.. nanti Ayah tumpang sekaki.. Hehe!

Lafaz Yang Tersimpan
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Salam takziah dariku...

Saat mendengar berita itu, aku terkedu. Tiada ungkapan dariku untukmu. Aku harap, itu bukan ego kerana aku masih marah padamu... tetapi biarlah ia merupakan sesalan kerana aku tidak ada bersamamu di saat kau mungkin memerlukan pendengar setia. Maaf. Semoga Allah menghapuskan kemarahan di hati ini dan agar aku memaafkanmu, sebagaimana aku juga mahu dimaafkan oleh orang lain. Teringat pula aku pada kata-kata ini:
Jika kita rasa hidup kita ini susah,
Ingatlah, ada orang lain yang lebih susah dari kita tapi tiada keluh kesah.
Jika kita rasa kita terlalu banyak menanggung derita,
Ingatlah, ada orang lain yang lagi banyak menerima pelbagai dugaan tapi jauh lebih tabah.
Jika kita rasa kita buntu dengan semua penyelesaian masalah,
Ingatlah, ada orang yang sentiasa diuji tapi tak kenal erti putus asa.
Insya Allah, kita semua akan dapat mengatasinya nanti. Allah menguji hambanya dengan ujian yang sebenarnya terdaya dipikul oleh mereka...
Bersabarlah temanku.. Salam takziah dariku sekeluarga atas berita yang baru diterima. Semoga ia akan menjadikan kita hambanya yang lebih tabah dan bersyukur dengan segala nikmat yang masih dipinjamkan buat sementara... Semoga ia juga menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Dan jangan pernah lupa, semuanya hanyalah pinjaman Allah buat kita semata.
* Aku bersyukur atas segala kurniaan nikmatMu *

Wednesday 27 October 2010

BUAT RENUNGAN AKU & KAMU


i asked Allah for strength,
and Allah gave me difficulties
to make strong...

i asked Allah for wisdom,
and Allah gave me problems to solve....

i asked Allah for courage,
and Allah gave me obstacles to overcome....

i asked Allah for love,
and Allah gave me troubled people to help....

i asked Allah for favours,
and Allah gave me opportunities....

may be i received NOTHING I wanted...
but I received EVERYTHING I NEEDED...
AKU BERSYUKUR PADAMU, YA ALLAH.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

"Jadikan perhubungan sesama insan sebagai medan untuk memberi, agar kita menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap peranan kita... bukan sebagai medan untuk menerima, yang hanya buatkan kita sibuk menuntut hak diri kita masing-masing yang pastinya tiada kesudahan."

Source: ~ Diari Pejuang Sempadan Hati ~

Tuesday 26 October 2010

Life would be TOO easy...

Life would be TOO easy... if we knew everything...
There are reasons why most things are kept in the dark;
for us to understand everything,
for us to find the reason why,
for us to realise who we are,
for us to know Allah will always be there...
and for us to always remember the phrase...
"pasti ada hikmah yang masih menjadi rahsiaNya"
Have faith in Allah...

WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah wanita istimewa

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah wanita

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

TIKA DINIHARI

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepada-Mu
Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan-Mu
Ya Allah Tuhanku
yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu
Tuhan
Usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat
seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu...
dari kami
Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami...
(Lirik Lagu Nasyid Kumpulan Devotees)

Monday 25 October 2010

Moga Allah Permudahkannya

Allah is Great

Assalamualaikum wbt n a very pleasant evening to everyone.
This morning, I woke up very early. Gosh.. by 2.30a.m., I was already up.. and Allah knows how tired I should be right now.. but Alhamdulillah.. it's as if He knows what's on my mind right now.. I managed to settle a few things and of course, thanks to one of my colleagues (AMI AMWIRAH) who helped out voluntarily.. I was really touched. Thanks mate.. And now.. There are still so many things that I need to attend to.. so, serves me right for not knowing how to manage my time.. well, always taking my OWN sweet time, that is..  ;-)

.. but then, as I mentioned earlier, Allah is really great. Despite the challenges for the past few days ( or shall I say months? ), I managed to get through them.. at least, for the time being. Always hoping it would last forever.. Yes Miss Nora, you can do it..! Pray that Allah will bless you and help you to go through the winding road of your life.

Here's something worth sharing with other readers. Hope you'll find it useful, Insya Allah... 


Doa Agar Dipermudahkan Urusan
Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :
    اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ  سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ  إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
 Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .
Source: Ustaz Zahazan Mohamed in his blog, if I'm not mistaken.

BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN

Exam oh exam...
Hari ini bermulalah pertarungan para pelajar Tingkatan 4 SMKBM. Berdebar-debar pula rasanya.. Doaku agar mereka sentiasa bersedia..
Khusus untuk para pelajar 4 Dinamik dan 4 Gigih, semoga usaha kalian membuahkan hasil yang baik. Saya SAYANG kamu... tapi... JANGAN tiru aksi ini yek...

Sunday 24 October 2010

Maher Zain - Always be There!

Curahan Rasa Hati

Duhai teman sejatiku...
Buatmu, cebisan istimewa ini kunukilkan
Tanda persahabatan berpintal iman
Lantaran tak dapat kusembunyi
Apa yang melingkar di hati
Kasihku padamu tidak terperi
Terhampar luas tak bertepi

Source: Duhai Teman Sejatiku...

Salam Ukhuwwah Fillah

Assalamualaikum wbt.
Khas buat pembaca yang sudi menjenguk ke sini.
Setelah sekian lama, barulah terbuka hati untuk mem'blogging'. Bukan apa, maklumlah, zaman dah berubah, dunia dah maju.. pandai ke nak membuat blog ni..? Dulu masa di UK, memang ambil elective IT, tp macam dah x berapa nak ingat..haha! Tapi rupanya, zaman sekarang, teknologi ni dah dibuat menjadikannya lebih mudah. Kami dulu siap buat laman web.. hatta button yang 'bling2' tu pun berjaya dibuat sendiri. Sekarang? hmm.. jangan haraplah.. Terima kasih sahaja.. ;-)

Oleh itu, dengan sedikit pengalaman yang ada, kuharapkan dapat juga digunakan sekarang ini. Berkongsi pengalaman samada diri sendiri mahupun teman taulan. Semoga boleh diambil iktibar dan pengajaran.

Andai dikata embun itu suci, suci lagi KEIKHLASAN...
Andai dilihat pulau itu indah, indah lagi PERTEMUAN...
Andai dirasa mutiara itu bernilai, bernilai lagi sebuah PERSAHABATAN...
Insya Allah.
Semoga ukhuwwah fillah ini diredhai Allah...