Islamic Widget

Tuesday 15 March 2011

Untukmu Ayah..

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥
Kutitipkan tulisan ini bermula 28 Januari 2011. Namun, tidak sanggup kuteruskannya. Baru kini daku dapat menyambungnya semula. Itupun kerana diminta oleh seorang teman semalam. Jadi, ia hanya dapat kusambung pada hari ini 12 Mac 2011. Tulisanku khas buat insan tersayang, Allahyarham Haji Ali bin Md Yusof.

Untukmu Ayah..
Meniti hari-hari yg paling getir dlm hidup setiap manusia.. Menunggu sesuatu yg tidak pasti.. Apatah lagi yg berkenaan antara hidup dan mati. Namun, janji Allah ditepatiNya pasti. Tiada siapa mampu menahan inikan pula membantah. Itulah lakaran hidupku selama 3 hari.
Jam 6.00 pagi (25/1/2011 - Selasa), kakakku menelefon dan memaklumkan tentang keadaan ayah yg tlh dimasukkan ke hospital pada dinihari. Walau cemas, daku cuba bersahaja sambil berdoa agar keadaannya akan kembali pulih. Biar resah menyelubungi diri, daku cekalkan hati sambil cuba menyelesaikan tugasan yang menjadi amanahku. Ini kerana daku tahu, ayah tidak mahu daku meninggalkan tugasanku. Spt selalu, biar dia memerlu bantuanku, dia akan pastikan daku punya waktu terluang dahulu. Andai daku sibuk, dia akan menyuruhku menyelesaikannya dahulu. Jadi, bukan krn daku tidak memperdulikannya, tetapi krn ingin mengikut apa yg diajarnya sekian lama.
Pagi itu, daku menjalankan tugas spt biasa, bahkan lebih sebenarnya. Ini krn daku baru diamanahkan menjadi pembimbing seorang guru pelatih dari UIAM. Daku telah tolong menyediakan handouts untuknya dgn harapan dia dpt memulakan tugasannya dgn baik pada hari itu. Stlh berfikir secara rasional, daku pun ligat menyediakan tugasan utk semua kelasku selama 3 hari biarpun daku sendiri tidak pasti hendak mengambil CRK selama berapa hari. Stlh itu, daku pun bertemu dgn PK1 dan berbincang dengannya. Dia menasihatiku agar pulang ke kampung. Daku akur dgn saranannya. Pulang ke rumah, mengemas barang2 lalu memandu pulang. Sambil memandu, daku mengirim sms kpd big boss memohon CRK.. beliau menjawab K. Alhamdulillah.. barulah tenteram sedikit hati ini...
Daku sampai di kampung pada pkl 7mlm utk mengambil A-al. Selepas maghrib, daku dgn pantas memandu ke Hospital Melaka. Sesampainya di hospital, kami terus mencari wad C3. Pencarian kami dipermudahkan Allah. Setibanya di katil ayah, mak sedang menangis. Mak menyuruh daku salam dan minta maaf pada ayah.. Kudegilkan juga hati ini utk tidak menumpahkan air mata di hadapan mak. Biarlah daku menangis dlm hati.. krn hati ini tidak sepenting hati seorang ibu.. hatinya yang lebih perlu dijaga. Mak menyuruhku membisikkan kalimah Allah di telinga ayah.. namun daku tidak dapat kerana terlalu sebak. Daku memberi alasan membetulkan katil ayah dulu dsbgnya. Daku mencari kekuatan sebenarnya.. agar diri ini tidak tewas di pertengahannya.. Setelah kugagahi diri ini, daku pun membisikkan kalimah Allah serta syahadah di telinga ayah. Ya Allah, Kau shj yg Maha Mengetahui akan perasaanku tika itu. Tidak dapat kugambarkan. Antara sedih kerana terlalu sebak dan gembira kerana daku dapat membisikkan kata-kata itu di telinganya.
Sejam kemudian, adikku pun tiba. Mak menyuruhnya membuat spt apa yang telah daku lakukan. Aisah amat terasa kerana dia baru sahaja bergaduh kecil dgn ayah 2 hari sebelum itu. Anak bongsu.. mmg dialah pengarang jantung ayah.. dan kadangkala  musuhnya juga. Merekalah yang slalu komplot berdua.. dgn pertolongan A-al dan juga Yayash. Tapi Yayash juga yang selalu pecahkan rahsia.. haha!! Budak kecil.. mana tau menipu.. senang je klu nk tau rahsia dr dia.. itu mmg kepakaranku.. ;-)
Malam itu sebelum pulang daku bersalaman dengannya. Genggamannya terlalu kuat.. seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Daku mula sebak tapi tetap menahannya. Mcmane nak menangis..? Mak ada di depanku. Daku mengalihkan perasaanku.. dan sengaja berkata-kata dalam hati.. “hmm.. gelap sungguh ayahku.. berbeza betul warna tangannya dgn tanganku”.. sedangkan bukan itu maksudku.. Daku terpaksa mencari sesuatu yang dapat menahanku drpd mengalirkan air mata. Namun, genggamannya amat kuat sehingga bila daku meleraikannya, tanganku masih juga digenggam erat. Sah, ayah yang menggenggam tanganku sebenarnya. Dan daku terpaksa melepaskan juga akhirnya. Itulah kali terakhir daku bersalaman dengannya.. Andaiku tahu itulah genggaman terakhir kami.. sudah pasti tidak kulepaskan ia begitu sahaja. Namun, Allah sebaik-baik perancang. Pasti ada hikmahNya.
Kami pulang lebih kurang pukul 10.30 mlm. Daku nyaris terlibat dalam kemalangan kerana terlalu letih. Daku cuba menahan mata memandu bersendirian sambil A-al tidur. Pemanduan selama 40 minit.. bersendirian...
26 Januari 2011 ( Rabu ) Keesokan harinya, kami ingin pergi ke hospital awal kerana mak tinggal di hospital seorang diri. Tapi terpaksa tunggu A-al pulang dari sekolah. Bila tiba di hospital, mak beritahu doktor akan pindahkan ayah ke wad ICU. Doktor menjelaskan keadaan ayah. Mak terlalu sedih.. dan memanggilku. Daku terpaksa mengambil alih. Setelah mendengar penjelasan doktor... dengan linangan air mata, daku menandatangani surat kebenaran itu. Memberi sepenuh kuasa kpd doktor utk membuat apa yang terbaik. Ya Allah, Kau sahaja yang mengetahui isi hatiku tika itu... hanya kepadaMu aku serahkan segala urusanku... semoga Kau permudahkannya.
Ayah pun dipindahkan.. ketika itu hujan gerimis.. seolah-olah menemani gerimis di hati ini. Semasa ingin memandu dari wad C3 ke ICU, berdebar-debar rasa hati bila tingkap keretaku rosak.. tertutup dan terbuka banyak kali tiba-tiba.. Ya Allah.. aku menangis lagi.. teringat pada ayah yang beria-ia mahu membetulkan tingkap itu.. rupanya dia tahu dia akan pergi.. mungkin sebab itu dia hendak bereskan urusan anak-anaknya.. Aku berdoa pada Allah agar berikan daku kekuatan.. dan mempermudahkan urusan ayahku.. biar apa pun yang Allah tetapkan, daku redha.. Cuma kekuatan dariNya yang daku pinta.
Petang itu, Yayash tiba dr S’pore dgn mama. Mama dpt masuk tp Yayash x blh. Ramai sangat yang menziarahi Ayah. Alhamdulillah... lagipun mereka ziarah arwah cik Limah sekali yang jg ditempatkn di wad yang sama. Mulanya ayah di blk lain, then petang sket, dipindahkan dlm bilik yang sama dgn cik Limah. (Arwah Cik Limah, yang juga kawan rapat ayah serta isteri kpd kawan rapatnya juga, mghembuskan nafasnya pada mlm itu, pukul 7.30 mlm, Rabu 26 jan.. stlh dipindahkan ke bilik pengasingan, sblh blk ayah). Masa visiting hours tu, tetiba kami perasan mak guard tu keluar ke pintu pertama.. apalagi kami pun tarik Yayash n paksa mama seludup Yayash masuk. A-al kata, bila Yayash panggil ayah.. ayah seolah-olah ingin bangun.. dan dapatkan Yayash. Memang dia rindu sangat dgn cucu comelnya ini. Berkali-kali diajaknya kami ke Singapura krn ingin bjmpa Yayash. Tp kami x bawa.. krn takut Yayash nk ikut blk ke kg smula. Dia baru shj mula bersekolah. Dan cuti pun dah dekat. Lagi beberapa hari je raya cina.. Rasa bersalah pada mulanya.. tapi kami terpaksa akur bahawa itulah ketentuan Allah. Bukan niat untuk memisahkan mereka.. tetapi untuk kebaikan mereka juga. Allah shj yang mengetahui niat kami. Lepas itu, ayah juga sempat berpesan kpd A-al agar belajar rajin-rajin. Anak angkat yang dipeliharanya selama 12 tahun... semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar atas kasih sayang yg tidak berbelah bahagi ayah terhadap anak yatim ini.. Amin. Adik beradik ayah dari Singapura juga semuanya hadir kecuali mak ngah. Cik Bibah n Cik Mas, Cik Omar n Cik Fauziah, Cik Osman n Cik Misnah, Mak Lang Raimah n Along, dgn anaknya Raihan n wife (Yana) plus cucu baby Atira, juga Ajib n wife plus anaknya Puteri Afrina, Cik Hasnah, juga Cik Ahmad n Cik Ida serta anak mereka Putera Nik Dimas, Puteri Harini n Putera Dandiar. Sepupuku yang lain semua bekerja. X perasan pula jika Zamri n Hafiz ada sekali kerana daku sibuk berurusan dgn doktor ketika itu. Yang ku tahu, Raihan, anak saudara kesayangan ayah, pasti datang... Alhamdulillah.. mereka dapat hadir ke hospital pada petang itu. Malam itu, mak tidur lagi di hospital bertemankan K Elis n A-al. Kami pulang kerana Yayash rasa rimas sbb baru blk dr S’pura. Kami bercadang utk tidur di hospital malam esoknya. Perjalanan kami pulang mlm itu juga amat berat.. berat meninggal mereka yang tersayang di sana..
27 Januari 2011 ( Khamis ) Keesokan harinya, ketika bersiap utk ke hospital, mak menelefonku tp Aisah yang menjawabnya. Mak tidak bagi kami ke hospital. Dia suruh Aisah pergi seorang. Tapi daku pergi juga kerana semua urusan mengenai ayah daku yang uruskan. Mama dah menangis.. dia dapat agak apa yang akan berlaku.. daku menyuruhnya tinggal dan mengemas rumah. Lapangkan rumah, pesan mak. Kami pun pergi bertiga dgn Yayash. Dalam perjalanan, K Elis menelefonku. Barulah dia beritahu duduk perkara yang sebenarnya. Ayah akan dibawa pulang. Doktor tidak dapat berbuat apa-apa lagi memandangkan tiada respons daripadanya. Dia hanya bergantung pada bekalan oksigen. Setibanya di rumah nti, oksigen akan dicabut dan semuanya akan bergantung pada izin Allah, sepanjang mana usianya yang telah Allah tetapkan.. itulah yang akan kami terima dgn redha.
Mereka semua pulang ke rumah untuk bersiap sedia dan meninggalkan daku seorang di hospital mengiringi ayah pulang. Ayah dijadualkan dibawa pulang pada pukul 10.30 pg. Tapi akhirnya segalanya siap pada pukul 11.00pg. Mak berpesan agar daku tidak berhenti membisikkan kalimah Allah pada telinganya. Namun, kerana pemandu tidak tahu rumah kami, daku terpaksa duduk di sebelahnya. Saat ingin menaiki ambulans, daku menerima sms drpd Eca. Dgn riangnya dia bertanyakan khabarku.. lama x jumpa.. daku tiada di sekolah ke..? Ya Allah, daku x tahu apa nak diucapkan. Terus shj daku menelefonnya setelah menaiki ambulans. Eca sangat risau mdengar bunyi ambulans yang sgt kuat. Kemudian barulah dia tahu segalanya. Bkn daku sengaja tidak mberitahunya.. tapi daku tidak mahu menyusahkan orang lain. Namun, daku minta jasa baik Eca utk mberitahu hal itu pada Ustaz Helmi. Dia pun menyampaikan berita itu padanya. Terima kasih Eca...
Perjalanan 40 minit menjadi 20 minit shj. Ini kali kedua daku mengiringi insan lain dalam ambulans. Tapi kali ini perasaanku amat berbeza. Setibanya di rumah, paramediks memberi peluang kpd kami utk mencium ayah dahulu sblm mencabut oksigen. Lama juga. Adalah 20 minit. Terima kasih kepada mereka krn memahami. Semasa mencabutnya, mak menangis hanya krn kasih sayangnya yang melimpah ruah pada ayah.. daku yakin.. mak wanita yang tabah. Setelah itu, bacaan yaasin juga dijalankan tanpa henti sambil memohon apa yang terbaik buat ayah. Andai Allah izinkan ayah sihat semula, maka kami amat bersyukur. Namun jika pemergianmu adalah yang terbaik, kami juga amat bersyukur penderitaanmu berakhir. Kami redha serta berdoa agar pengakhiran hidupmu adalah dalam qhusnul khatimah.
Daku tidak berganjak dari kepala ayah di pembaringannya. Mak di sisi. Yayash juga di sisiku. Sesekali minta duduk di pangkuanku. Entah kenapa Yayash x mahu dgn mama. Nak duduk dgn aunty jek. “Yayash x suka ayah meninggal..” seisi rumah sebak mendengarnya. Air mata mengalir dgn deras tanpa bunyi.. akhirnya dapat juga daku menangis krn mak tidak nampak. Yayash membacakan Al-Fatihah berkali-kali juga.. kemudian dia ckp.. “kan dah baca tadi..” agaknya dia penat. Jadi daku pun berkata padanya, xpe.. kalau Yayash sayang ayah, nanti Yayash baca lagi yek.. dia pun terus baca lagi.. setelah mak selesai membaca Yaasin, ketika itu juga pakcik Ali (adik mak) tiba dgn seorang doktor. Dia mengesahkan ayah meninggal pada pukul 12.35 tengahari, Khamis, 27 Januari 2011. Rupanya pada waktu itu, mak baru shj selesai mbaca Yaasin dan rakan-rakan serta anak2 murid di SMK Batu Muda baru memulakan bacaan yaasin mereka. Terima kasih semua dari kami seisi keluarga.
Setelah itu, kami pun segera menyiapkan segala keperluan. Yayash nak tidur dgn ayah. Jadi kugunakan peluang itu untuk minta dia mandi. “Lepas mandi nanti boleh tido kt sini yek..” Dia mendengar nasihatku. Setelah mandi, dan dah wangi, dia pun dtg semula di sini ayah yang telahpun ditutup mukanya. Dia pun baring sebantal dgn ayah. Apa lagi.. semua yang melihatnya menitiskan air mata. Tapi dia bersahaja. Daku beritahu yang ayah telah meninggal dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Dia menangis lagi tapi tanpa suara juga.. sehinggakan nenek saudaraku memanggilnya pelakon air mata. Hmm... mengikut jejak langkahku nampaknya.. patutlah dipanggil baby aunty..
Pukul 3.00 ptg.. daku terasa amat letih tp bukan nak tido atau berehat pun.. cuma rasa x larat nak bergerak. Daku keluar dan menjenguk tmpat untuk jenazah dimandikan iaitu di luar tingkap bilik ku. Segalanya telah siap. Daku masuk semula dan duduk di sofa.. memerhati mereka mengukur n mnggunting kain kapan. Daku tidak bergerak atau berkata apa-apa. Hanya duduk dan memerhatikan mereka. Daku seolah-olah berada di tempat lain. Mungkin kerana daku baru dapat melepaskan lelah dari segala kerja sebelum itu.. atau mungkin daku sdg cuba menyerap segala yang sedang berlaku. Sebelum ini daku ingin menjadi orang lain.. yang tabah.. mgkin daku bkn setabah itu. Semuanya adalah lakonan semata-mata. Lakonan demi orang-orang tersayang. Kemudian daku masuk ke bilikku dan mengunci pintu. Daku pun menangis semahunya dalam bilik airku.. tp alhamdulillah, daku masih dapat beristighfar bila tangisanku agak kuat. Mereka ada di luar bilikku.. di ruang tamu dan di tmpat mandi jenazah.. daku x mahu mereka melihat atau mendengarku kecundang.
Tepat pukul 4.00 ptg, jenazah pun dimandikan. Bersih sungguh jasad ayah. Alhamdulillah. Selesai dikafankan, para jemaah semua menunaikan solat asar di surau sebelum solat jenazah di rumah. Tepat pukul 5.00 ptg, jenazah ayah diusung.. Ya Allah, tika ini, daku terasa jantungku luluh.. namun segera kuingatkan hati ini agar redha dgn ketentuan Allah. Sungguh... Allah memahami hatiku.. segera daku mendapat kembali kekuatan dariNya. Daku mengiringi jenazah ayah dalam van bersama emak, Yayash n A-al. Yang lain jalan kaki. Tanah perkuburan tidak jauh sgt tapi mak tidak mahu menyusahkan orang lain.. jadi kami mgunakan van juga. Segalanya selesai pada pukul 6.00 ptg. Cepatnya segala urusannya. Sekelip mata dia hilang dari pandangan. Alhamdulillah.. daku sangat bersyukur padaMu Ya Allah.. dalam segala kepayahan, Kau permudahkan urusan kami, dalam segala keperitan Kau kurniakan kami nikmat persaudaraan yang kukuh datang membantu, dalam segala kesyahduan Kau berikan kami kekuatan menempuhinya, dan di sebalik kerinduan kami padanya Kau titipkan rasa syukur dan sabar kami dgn segala ketentuanMu. Kau jadikanlah kami hamba-hambamu yang bersyukur dan bersabar dengan segala ketetapanMu. Kau kurniakanlah tempat yang baik buat ayahku di sana.. Kau masukkanlah dia ke dalam golongan hambaMu yang bertaqwa, Ya Allah. Daku amat menyayanginya. Ampunilah dosanya dan kurniakanlah padanya pahala atas segala kebaikannya semasa di dunia dan terimalah hadiah kami khas buatnya.. Kau berikanlan pahala kepadanya atas segala perbuatan baik kami hasil didikannya, Ya Allah. Amin Ya Rabb.
Terima kasih buat semua yang membantu dan memberi kata-kata semangat. Rakan-rakan dan murid tersayang di SMK Batu Muda, rakan2 dan senior2 TESL MPIK-UK, rakan2 SMK Sultan Ismail, JB, dan saudara mara. Terharu bila diberitahu ramai yang mengadakan tahlil utk arwah ayah tanpa pengetahuan kami. Terima kasih Abg Zul yang uruskan tahlil di Masjid Assyakirin, S’pura (ayah adalah bekas AJK) dan mereka yang uruskan tahlil di Masjid KLIA serta tempat2 lain. Terima kasih. Allah shj yang selayaknya mengurniakan ganjaran pada kalian.


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~