Islamic Widget

Tuesday 21 December 2010

Sabar dan Redhalah

♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

~ Hari ini dalam sejarah (20122010)... Akhirnya, ia tiba juga. Semoga ada yang lebih baik menanti di hadapan. Bukan gembira mahupun berduka, cuma belajar menerima ketentuan yang telah ditetapkanNya dengan sabar dan redha. Pasti ada hikmahNya, insyaAllah ~

Postku di FB malam tadi.. hehe..
Ada yang tertanya-tanya tentang statusku ini. Hmm.. payah nak cerita. Tapi, tolong jangan fikir bukan-bukan. Ia tidak ada kena mengena dengan hal-hal percintaan atau rumahtangga seperti yang selalu disalahertikan..hehe! MAAF, saya tidak bercinta. Saya tiada calon. Jangan tanya lagi yek.. di komen atau di inbox. X larat nak jawab. Tapi saya x kata sy x nk kahwin ye.. andai tiba saat itu, anda semua akan diundang, insya Allah. Hanya Allah yang mengetahui bila saat itu. Masih menjadi rahsiaNya ;-)

                Sengaja sy menjadikan status sy sebegitu.. krn tidak mampu meluahkannya di FB. Well, sekadar perkongsian, sy hanya cuba mengingatkan diri sendiri supaya tidak lupa. Cuba merawat hati yang entahlah.. terluka atau gembira, marah atau sabar.. sbb, skrg ni, rasa macam dah xde perasaan pun ada.. yelah, x kira apa reaksi kita, apa perasaan kita, orang akan sentiasa berprasangka.. n lebih teruk drpd itu, memfitnah.
                Mungkin salah saya juga, tidak tetap pendirian. Tp nk wat macamane, sapelah kita nk meminta2.. sapelah kita nak mempertahankan sesuatu. Apalah hak yang kita ada? Sedangkan jasad dan nyawa ini pun bukan milik kita.. harta yang ada, kepunyaan orang lain juga.. suami yang setia, bukan milik kita sepenuhnya, kena berkongsi juga.. anak setelah dewasa, pasti meninggalkan kita juga... hmm.. jd apa yang tinggal...? Hanya ada satu, tp terpulang pada kita untuk mencarinya...
                Mungkin atas kesedaran itu, saya x tau nk beri reaksi yg mcmane... tp tipulah jika sy kt sy langsung x peduli dgn persekitaran. Cuma selalu terpaksa buat tidak tahu kerana tidak mahu memporakperandakan segalanya. Cukuplah sekadar sy menitiskn airmata kerana kekecewaan lalu dek sikap segelintir manusia yang tidak berlaku adil. Menghukum tanpa usul periksa, menuduh tanpa bukti kukuh dan membuat kesimpulan berdasarkan fitnah. Alhamdulillah, Allah hanya menguji sy setakat itu, dan tidak lebih.. Ramai orang lain diuji dengan rintangan yang lebih hebat.. jd sepatutnya sy bersyukur dapat melaluinya dengan sabar. Lagipun, di sebalik apa yang Allah uji, sebenarnya banyak juga yang telah saya terima dariNya. Pengalaman dan kenangan terindah serta kesempatan yang dikurniakanNya terlalu berharga. Hebatnya Allah.. biarpun dugaan saya tahun ini terlalu perit, Dia menggantikan kedukaan itu dengan perkara yang tidak saya sangkakan.. Alhamdulillah.
                 Jadi, belajarlah menerima apa saja ketentuan Allah. Jika berpeluang mpertahankan diri sendiri, sila lah. Semoga ada kebaikannya. Jika tidak, anggap itu takdirNya. Kita hanya mampu merancang tp Allah yang menentukan. Dan yang pentingnya kita sedar bahawa biar apapun jalan yang terpaksa kita lalui, terimalah dengan sabar dan redha, kerana yang penting adalah keikhlasan diri dan hati serta mengetahui bahawa hala yang kita tuju adalah berlandaskan kebenaran. Semoga ada kebaikan buat diriku... Amin.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

No comments:

Post a Comment