Islamic Widget

Friday 24 December 2010

Keadilan

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

Kategori : AKIDAH - Akhlak
Tajuk:
Keadilan 
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
 
Huraian
Pengajaran Hadith:

i) Keadilan hendaklah berlaku dalam semua lapisan masyarakat bermula dari dalam institusi keluarga, masyarakat dan pemerintahan negara.
ii) Keadilan merupakan punca utama berkembangnya kehidupan yang harmoni, aman dan sejahtera sedangkan kezaliman akan mencetuskan kekacauan, kegelisahan dan huru-hara.
iii) Keadilan hanya akan wujud sekiranya sesuatu itu dijalankan mengikut peraturan dan lunas-lunas Islam di mana Islam menolak perasaan pilih kasih dalam menjalankan hukuman, tetapi mementingkan ketegasan demi menegakkan kebenaran.
Sumber: JAKIM

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

1 comment:

  1. Ya Allah, Kau jadikanlah daku seorang pemimpin yang adil lagi bijaksana. Berilah daku pertolonganMu dan petunjukMu sentiasa. Janganlah Kau biarkan daku sendirian walau hanya sekelip mata, dan Kau perbaikilah setiap langkahku dalam setiap urusanku. Amin.

    ReplyDelete