Islamic Widget

Saturday 4 December 2010

Resolusi Tahun Baru

Hari ini dah pun 28 Dzulhijjah. Lagi 2 hari nak masuk tahun baru. Biasanya kalau tahun baru mesti semua orang ada resolution kan..? Daku jek yang tiada resolution baru selalunya. Zaman dulu2 adalah.. tapi bila teringat yang zaman tok kadok nyer resolusi pun x terbuat.. tu yang beberapa kali resolusiku jadi “resolusi yang belum tercapai lagi tahun lepas”. Hehe.. teruknye... tapi xpelah.. coz sama je kan. Sekurang-kurangnya diri ini cuba gak utk capai apa yang belum tercapai.. Daku nak beri diri ini sedikit masa lagi untuk mencapai apa yang menjadi matlamatku.
Menjelang tahun baru kali ni.. terfikir pula tentang resolusi sempena 1432H ni. Sebenarnya, resolusi yang kita konon war-warkan pd org setiap hari terakhir/hari pertama tahun berikutnya tidak semestinya sesuatu yang baru. Cuma mungkin sesuatu yang diperbaharui, dipertingkatkan mutunya, ditambah bilangannya dsgnya. Boleh je kan begitu..? Tapi kalau ada yang baru pun, lagi bagus ;-) Jadi, apa ya resolusiku..?
Hmm.. macam2 pula yang ada dalam fikiran. Yg baru ada, yg lama tidak dilupa. Terlalu byk pula yang nak disenaraikan. Malu pula nak tulis bebanyak.. melampau je rasanya.. Tapi orang2 bisnes ni slalu kata, mesti tuliskan segala2nya atas kertas dan baca setiap hari.. motivasi n inspirasi katanya.. Mungkin betul.. tp xpelah.. mungkin itu bukan caraku. Caraku berbeza. Adakah itu sebabnya resolusiku ada yang x tertunai lagi..? Wallahu’alam. Allah sahaja yang tahu. Cuma, daku selalu sematkan segala-galanya di hati. Sengaja daku menghafalnya di minda dan hati, dengan harapan diri ini tidak mudah lupa. Memanglah daku ini dah jadi sedikit pelupa, maklumlah, usia dah semakin banyak..(Alhamdulillah..), tapi mungkin padaku inilah caraku supaya sentiasa ingat pada semua resolusi itu. Macam nombor telefon gak.. bila dah save kt hp, mane nak ingat..? Silap haribulan, no fone abg polis pun leh lupa.. hehe!
Oleh itu, daku telah pun mempunyai resolusiku sendiri. PadaNya sahaja ku bisikkan resolusi yang sentiasa menjadi doaku dari dulu hingga kini. Kualitinya sahaja yang mungkin berubah kepada yang lebih baik, insya Allah. Kerana daku yakin, Allah adalah sebaik-baik pendengar. Yang tidak pernah jemu mendengar permintaan mahupun rintihan hambaNya biarpun ia adalah benda yang sama diulangkan. Tidak seperti manusia, yang jemu bila diungkapkan permintaan sama buat kedua kalinya.. Dengan penuh harapan dan doa, agar Allah memakbulkan segala permintaanku. Agar Dia memberikan diri ini yang terbaik seperti apa yang telah direncanakanNya.. dan semoga daku redha dengan apa sahaja ketentuanNya. Daku yakin, segala yang yang ditentukanNya, tentu ada hikmahNya yang cukup besar. Moga diri ini sentiasa bersabar dengan ujian yang diberi dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Amin, Ya Rabb.



~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

No comments:

Post a Comment