Islamic Widget

Tuesday 30 November 2010

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Sedikit masa dahulu, saya terbaca sebuah artikel yg sebelum itu pernah juga saya terbaca di blog orang lain. Sangat menarik... Jadi, skrg saya nak kongsi pula dgn org lain di blog saya sendiri..

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
1.     Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2.     Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3.     Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4.     Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5.     Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6.     Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7.     Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8.     Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9.     Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10.   Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11.   Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12.   Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13.   Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14.   Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15.   Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
16.   Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
17.   Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18.   Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
19.   Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20.   Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarmu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
21.   Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
22.   Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
23.   Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
24.   Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
Respons saya:
Memang benar ianya best dan kebanyakannya mcm kena jek.. cuma rasanya ada juga beberapa perkara yang mungkin terlalu extreme.. tapi, cinta kan mampu membuat pasangan bercinta menjadi buta pada perkara-perkara tertentu. Syabas kepada penulis kerana begitu prihatin.. (dlm hati: hehe.. byk betul pengalaman si penulis ni...)

BERCINTA = RELA BERKORBAN APA SAHAJA
oleh itu: Pilihlah dengan tepat... Carilah yang terbaik (Senang ke nak cari..?). Namun, yang terbaik tidak bermakna yang SEMPURNA (Memilih sangatkah...?). Cukuplah sekadar dia sempurna di MATA dan HATI kita, biar bukan pada orang lain (Sempurna mengikut penilaian sendiri...?). Semoga Allah sentiasa bersama. Amin.

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Sunday 28 November 2010

Permata Yang Dicari (DeHEARTY)

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Redhakanlah Dia Pergi

28 November 2010... tarikh bahagia yang mungkin amat dinantikan oleh segelintir manusia. Namun, kebahagiaan orang lain kadangkala bermakna kesengsaraan bagi segelintir yang lain pula. Mungkinkah kerana kebahagiaan itu dibina atas kesengsaraan org lain..? Diri ini bukanlah seorang yang layak menasihati, tetapi hanya cuba menyelami isi hati mereka yang tersayang.
Ini adalah sesuatu yang dialami oleh seseorang yang rapat denganku. Tarikh keramat ini benar-benar mengguris hati perempuannya. Masakan tidak.. tarikh ini bakal menyaksikan penyatuan 2 jiwa yang pastinya merobek hatinya. Pada tarikh ini, seseorang yang pernah disayangi sepenuh hatinya akan diijabkabulkan dengan orang lain. Ya Allah, Kau tabahkanlah hatinya...
Ingin sahaja daku menegurnya kerana masih terkenangkan kisah lampau. Namun, apa dayaku... tika mengimbau kembali kisah silam diri ini, daku malu sendiri.. Andai diri sendiri tidak mampu daku perhalusi, mana mungkin diri ini dapat memperbetulkan orang lain? Ringan sahaja mulut ini mahu menyatakan padanya, “Cari sahaja yang lain. Ramai lagi yang lebih baik daripadanya” atau “Bersabarlah.. pasti jodohmu adalah yang lebih baik drpdnya”. Namun, dapatkah daku menerima nasihat ini sebagaimana daku ingin dia menerimanya..? Soalan yang memerangkap diriku sendiri pastinya. Namun, daku mengharapkan itu semua hanya responsku di masa lalu. 9 tahun yang amat menyedihkan untuk dikenang tetapi itu jugalah kenangan yang perlu dijadikan panduan hidup, bukan pengukurnya.
Memang amat pahit untuk ditelan. Namun itulah realiti kehidupan. Apa yang pasti, kita perlu bermuhasabah diri. Apa yang mampu diri ini berpesan padanya hanyalah sesuatu yang basic kerana kurangnya ilmu dan pengalamanku. Yang pasti, segala apa yang berlaku adalah satu ketetapan yang telah Allah sediakan untuk setiap hambaNya. Yakin dan percayalah bahawa perkara yang berlaku itu ada hikmahNya yang menjadi rahsia Allah. Andai diizinkan Allah, satu hari nanti kita pasti akan memahami mengapa sesuatu perkara itu direncanakan sebegitu rupa. Perancangan hebat Allah pasti mengandungi hikmah yang tidak dapat diduga oleh sesiapapun.

Justeru, mohonlah pada Allah agar diri diberi kesabaran dan ketenangan tatkala meniti hari ini dan hari-hari yang mendatang. Yakinlah, dia bukan jodohmu kerana milikmu pastinya yang lebih baik drpd itu. Redhakanlah pemergiannya bersama orang yang disukainya. Andai benar kamu begitu mencintainya, izinkanlah dia bahagia biarpun ia bermakna dirimu sendiri akan merana. Tidak ada hadiah lain yang paling berharga buat seorang yang dikasihi dan disayangi melainkan pengertian dan pengorbanan. Semoga Allah akan mengurniakan kepadamu pula seorang suami yang akan lebih mencintai dirimu sepenuh hati, melebihi cintamu pada si dia yang dahulu. Yang paling penting, sentiasalah ingat bahawa cinta yang paling utama hanyalah pada Allah dan semoga cinta si dia yang baru dapat menolong kita mendakap cinta Illahi yang Maha Agung. Insya Allah...

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Maaf kerana terpaksa post di sini. Daku tidak sanggup melihat air matamu mengalir. Tetapi, daku amat berharap dan berdoa agar dikau beroleh ketenangan juga nanti. Biarkanlah kenangan pahit itu berlalu pergi. Maafkanlah dia. Dia hanya manusia biasa yang banyak salah dan silapnya. Meninggalkanmu mungkin salah satu drpdnya... namun, yakinlah, itulah dia ketentuan Allah.
Maaf kupohon darimu atas tulisan ini.


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Friday 26 November 2010

Dambakan yang Sempurna?

Usah diintai kesempurnaan,
kerana tiada apa yang sempurna kecuali Allah.
Memadailah sekadar mencari yang terbaik,
agar kebaikan juga yang akan diterima dalam segala yang dilakukan.


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Thursday 25 November 2010

Hebatnya Perancangan Allah

Semalam, daku menerima satu berita yang menggembirakan. Alhamdulillah. Satu kejutan buatku kerana sesungguhnya daku tidak pernah meletakkan apa-apa harapan. Ia adalah kerana semua orang akan melaluinya bila cukup masanya. Jadi, diri ini hanya menunggu masa yang ditetapkan. Hanya daku panjatkan kesyukuran kerana Allah memberikan daku peluang itu sekarang.. pada masa yang sangat tepat. Aku amat memerlukannya sekarang, bukan lebih awal atau lewat dari ini. Hebatnya perancanganMu, Ya Rabb. Memang benar, segala ketentuan Allah telah direncana dengan rapi dan baik sekali. Pasti ada hikmah yang menjadi rahsiaNya, dan bukan hak kita untuk mempersoalkannya. Hanya sabar dan redha dengan apa yang telah Dia tentukan... dan sentiasa memohon agar sentiasa diberikan apa yang terbaik mengikut perkiraanNya, bukan manusia biasa.
Biarpun berita baik itu kuterima bersama-sama beberapa perkara yang mendukacitakan.. diri ini tidak mahu yang buruk itu dijadikan alasan lagi. Cukup.. diri ini telah menjadi sangat tidak bertimbangrasa sedikit masa dulu.. dek kekecewaan dengan sikap segelintir manusia. Namun, itu ingin kutinggalkan.. Biarlah apa yang ingin diperkatakan kerana diriku semakin yakin dengan janji Allah. Dia tidak pernah mensia-siakan hambaNya. Hanya Dia jugalah yang akan menguruskan segala-galanya.. Cukuplah Allah bagiku. Kerana Dia juga yang akan menolongku di saat tiada seorang pun yang mempercayai diri ini. Benar jugalah, Dia hanya ingin menduga hambaNya. Biarpun betapa berat dugaan itu, pasti dapat ditempuhi kerana Allah menguji hambaNya dengan apa yang termampu dipikulnya. Bersabar dan bertawakkallah dalam kehidupan ini. Sesuatu yang terjadi itu, tentu ada hikmahNya.
Kini, diri ini mahu menjadi seorang “Nora” yang dulu. Yang sentiasa ingin memberikan hanya yang terbaik untuk semua orang, kawan mahupun lawan. Kerana lawan itu akan ku”paksa” ia menjadi kawanku juga. Akan kugunakan apa yang Allah kurniakan pada diri ini untuk kebaikan semua biarpun mungkin tidak semua yang akan menyenanginya. Tetapi usaha yang baik dan murni akan diberikan jalan kemudahan dan penyelesaiannya oleh Allah , bukan? InsyaAllah... semoga diri ini tidak pernah berhenti berharap pada Allah. Sentiasa memohon petunjuk dan hidayahNya. Sentiasa bersabar dalam berdoa. Sentiasa yakin, Allah yang berkuasa atas segala sesuatu, justeru pohonlah hanya dariNya. Semoga diri ini tidak pernah lupa kasih sayang Allah mengatasi segalanya. Cukuplah Allah bagiku.


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Wednesday 24 November 2010

Only HE knows it all...

“One of the most prominent distinguishing features of the Muslim woman is her deep faith in Allah, and her sincere conviction that whatever happens in this universe, and whatever fate befalls human beings, only happens through the will and decree of Allah; whatever befalls a person could not have been avoided, and whatever does not happen to a person could not have been made to happen.”


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Tuesday 23 November 2010

Bersabar dalam Berdoa

Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: ”Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: ”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)

Huraian
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku." (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

Monday 22 November 2010

Kerana Ego, Tanggunglah Rindu Itu.. Huhu!


~ Baby Aunty ~
Sebab merajuk dengan seseorang.. saya tidak menjawab soalan si kecik tu. "Aunty nak gi mana aunty?" tanya Yayash pagi tadi. Tapi oleh kerana masih merajuk, saya yang terkenal dengan kebolehan "mematikan diri sendiri" (menurut kakak) tidak mengendahkan soalannya. Buat tak tahu jek. Lepas tu, saya pun siap2 la.. angkat beg2 n masukkan dalam kereta. Entah macam mana, bila masuk ke rumah semula, dia takde pulak. Hmm, mana dia pergi nih. Tapi, pelik sungguh la saya hari ni, sikit pun tak cari dia. Mungkin sebab menahan airmata tadi, tu yang nak beredar cepat-cepat kot. Hati kukeraskan juga untuk tidak mencari dia. HUHU!! Kejamnye..!! Padan muka sendiri.. belum setengah jam drive, dah nangis.. coz rindu kat dia.. nyesal tak cari dia kat umah sebelah (yg padahal boleh jerit jek..jarak mcm dr kantin guru ke makmal kimia. tu pun jauh..). Entah macamane..diri ini terfikir, seandainya itulah kali terakhir saya dapat berjumpa dengannya, memang tak tahulah nak kata apa.. or if diri ini yang pulang ke kampung hanyalah jasad semata, bagaimanakah agaknya..? Na'uzubillah. Ya Allah, kau panjangkanlah usia kami, agar kami dapat bertemu semula dalam suasana yang aman bahagia.
Jadi, bagi menebus kesilapan, saya bertekad untuk pulang ke kampung juga pada hari Rabu or Khamis ini.. supaya dapat berjumpa dengan dia. Lepas tu, terus hantar dia ke Singapore untuk tempoh yang agak lama. Dapat juga lepaskan rindu padanya. Yayash akan mula bersekolah di sana semula. Goodbye Tadika Uyyun, Goodbye Tadika Manja Bonda, Goodbye Tadika Permata. Amboi.. banyaknye sekolah dia..! Yang kt S'pore dulu lupa plak namanye. Ada 4 semuanya.. Haha!! Itulah dia, si Yayash.. I will miss you baby.. ;(
Kepada 'kakak2' dan 'abang2' (x kiralah dari golongan pelajar atau guru haha!) yang slalu main dengan Yayash, selalu belanja dia.. terima kasih bebanyak. Allah saja yang membalas budi kalian. Terima kasih kerana menjaga babyku dengan baik. Pastinya dia akan merindui kalian.




~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Monday 15 November 2010

Cukuplah ia bagiku...

~ Kerana di sini ia bermula ~
Pertama kali mendengarnya, rasa seakan-akan terpukul. Biarpun sebelum itu, kami disajikan dengan sesuatu yang amat mempersonakan. Suatu keajaiban dunia. Sedang menikmati keajaibannya serta mengagumi kebesaran ilmu Allah yang dikurniakan pada manusia, tiba-tiba kami diperdengarkan pula dengan frasa yang begitu kontra. Sungguh, betapa perlunya kita dikejutkan dari lena. Lena yang akan buatkan kita alpa. Kealpaan yang mampu menyebabkan kebinasaan pastinya.
Bila diimbas kembali, benar kata-kata itu. Itulah juga yang tersemat di hatiku. Tidak dapat kupastikan impaknya pada mereka yang lain. Namun bagi diriku,  selama ini, itu juga yang kuharap dapat diri ini lakukan. Hanya mungkin kerana faktor tertentu menyebabkan daku terlupa akan prinsip diri. Tp, apa ada pada prinsip? Kadang2, prinsip hidup akan menyebabkan manusia rugi kerana hakikatnya, bukan prinsip hidup yang diperjuangkan tetapi hanyalah keegoan diri yang cuba dipertahankan. Cuma bagiku, selagi prinsip itu bertepatan dengan apa yang daku perjuangkan.. selagi itu tidak ada salahnya ia ku pegang hingga bila2 pun.
Kini, diriku ingin kembali seperti dulu. Tidak bercadang mahukan ia berulang kembali. Cukuplah sekadar itu. Cukuplah 2 kali diri ini terlupa. Bukan untuk kali ketiga. Kerana yang kedua kali lebih memberi pengajaran tentang erti hidup dan kehidupan di bumi Tuhan. Amat menginsafkan bilamana diri ini diuji. Namun yang penting adalah hala tuju ku. Biarpun apa yang dilalui amat berliku, itu bukanlah yang utama. Ianya hanyalah pengajaran namun yang lebih penting adalah yang berada di hadapan iaitu kebenarannya, insyaAllah.
Seandainya ada pihak yang berfikir bahawa diriku tidak bersabar, terpulanglah.. kerana diri ini bukannya tidak mahu bersabar. Sedikit usaha telah ku ikhtiarkan biarpun mungkin tidak mencukupi pada kiraan manusia lain. Daku hanya tidak mahu berbuat sesuatu yang lebih daripada sepatutnya. Diriku telah menetapkan batasan itu, maka akan ku gariskan ia di situ. Cukuplah sekadar itu kerana segalanya telah kuserahkan pada yang Maha Berkuasa. Kini, ianya hanya antara aku dan Dia sahaja. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.
Justeru, diriku amat berharap semoga hari-hari mendatang lebih memberi makna pada kehidupanku. Dan juga semoga diri ini sentiasa bersederhana dalam segala perkara. Untuk berhenti setelah segalanya cukup kerana ia sebenarnya sudah memadai apabila kita bersederhana. Kerana tidak ada yang dapat menandingi kuasa Allah, yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu.



~Berhenti apabila cukup,
memadai apabila sederhana~

Tuesday 9 November 2010

Semua Manusia Adalah Sama

Semlm adalah hari yang sgt mencabar. Diriku berhadapan dgn satu situasi di sekolah. Aduh.. adakah sy dah buat satu kesilapan.. tp niatku adalah untuk membuka matanya.. dan menyedarkannya. Mungkin dia sedang keliru. Sebagai seorang guru, pastinya sy ingin sahaja membantunya tidak kira bila n di mana sekalipun. Atau mungkinkah diriku tersilap bicara. Maklumlah.. sy kn bersemangat bila bercakap.. haha! Bila dia menangis..hmm.. terkejut sebenarnya.. tp sy cuba kontrol macho lg la. Dalam pada menasihatinya, sy hanya berdoa agar Allah berikan diriku ilham untuk berbicara demi meyakinkannya dan smoga Allah bukakan pintu hatinya untuk menerima apa yg baik.. jika x, sy x salahkannya pun. Mungkin dia ada alasannya yg tersendiri. Wallahua’lam.
The moral of the story: x kiralah ye apa pun situasi pg td ye... kita kena beringat.. buatlah yg terbaik untuk diri sendiri. Buat pilihan yg tepat. Seandainya kita keliru, mintalah tolong dr Allah. Bak kata Ustazah Zue yg berada bersama2 di tempat kejadian, “buat istikharah... slagi kabur2.. ha.. buat lagi istikharah.. smpai dpt jawapan..” haha! Serius kan dengar. Tp tu la hakikatnya, cuma kita yg slalu lupa utk minta petunjuk dr Allah. Bukan stakat nk pilih jodoh sahaja tau. Klu org Arab, nk gi shopping pun siap istikharah.. kita ni main redah jek slagi blh melangkah.. nk2 bila dpt sms: “Sale di Jusco..” haha! (11 nov ni sale tau.. bru dpt sms td-sempat lg tu iklan).
Apa yg blaku pg smlm adalah berpunca dr sikap atau pandangan negatif sesetengah pihak. Sebenarnya, rasa terkilan juga dengan sikap segelintir manusia yg sgt kolot pemikirannya. Ada beberapa kes juga yg sy dengar disebabkn ada pelajar yg berasa terlalu bangga sehingga sanggup memandang rendah pada orang lain. Sedangkan mereka sbenarnya tidak tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan.. kenapa rasa diri patut dipandang hebat shingga org lain blh dipersendakan..? Sedangkan semua manusia adalah sama di sisi Allah. Hanya iman dan taqwa yg membezakan mereka. Adakah ia kerana anda pasti bhw masa depan anda terlalu cerah? Tiada siapa yg dpt menentukannya.. kita hanya mampu berusaha. Seandainya kejayaan yg kita raih, alhamdulillah, jika tidak, pasti Allah telah memperuntukkan sesuatu yg lebih baik di sebalik kegagalan kita itu.
Aliran sebenarnya tidak menentukan kejayaan di masa hadapan. Ia hanya sbg suatu alat bg persiapan awal untuk pelajar yg bakal memasuki alam pekerjaan nanti. Jika ingin menjadi doktor, pastinya aliran sains hayat lebih menjamin masa depan. Jika anda ingin menjadi seorang pereka fesyen, xkanlah nk masuk bidang  sains pula. Tidak ada kaitan langsung. Begitu juga jika ingin menjadi seorang usahawan di bidang permotoran.. pastikan anda mempunyai latar belakang dlm bidang keusahawanan dan juga permotoran. Ha, yg ni sesuai kot utk pelajar MPV (7107) kita. Usahawan kecil-kecilan dahulu..ada rezeki, insya Allah brkembang maju juga satu hari nanti. Jadi, adakah di sekolah, pelajar2 disediakan untuk GAGAL dlm hidup? Tidak sama sakali. Semua org punyai harapan dan masa depan yg cerah. Cuma kita yg sendiri pilih bagaimana kita hendak mencorakkan masa depan kita. USAHA sgt2 penting. Tetapi selebihnya adalah urusan Allah.
Jadi usahlah pandang rendah dan menganggap diri maha hebat. Jika anda HEBAT, baguslah.. blh sy menumpang sedikit.. tp perlu diingat, ANDA HEBAT bukan bermaksud DIA TIDAK BERGUNA. Mereka juga hebat dlm bidang masing2. Doktor perlukan baju cantik untuk pergi berjalan @ masa bernikah, btul tak? Klu doktor tu pandai jahit secantik pakaian Radzwan Radzwill, baguslah. Bonus untuknya.. msti tinggi hantarannya kan? Tp klu tak pandai jahit, macamane pula? Nk pakai bju kelawar ke? Yg tukang jahit ni pulak, klu sakit, msti kena jmpa doktor, x gitu? Takkan nk minta ubat dr mekanik kot..? Hmm.. betapa kita sgt memerlukan antara satu sama lain. Jadi, tukarlah pemikiran kita. Suka ataupun tidak, KITA SALING MEMERLUKAN...
Hari ini, berita gembira untukku. Mungkin Allah telah membukakan pintu hati pelajar tersebut untuk melihat apa yg terbaik untuk dirinya sendiri. Semoga dia diberikan kekuatan dan kesabaran dlm membuat apa yg perlu dilakukannya. Diharapkn agar ianya menjadi motivasi dan pemangkin untuknya berusaha selagi terdaya. Semoga Allah sentiasa bersama. Sy doakan agar kejayaan milikmu, sayang.

Saturday 6 November 2010

Terengganu oh... Terengganu ( Day 3 )

Lawatan pelajar SMKBM ke Terengganu anjuran Persatuan Pelajar Islam. ( 3 - 5 November 2010 )
Day 3 ( 5 Nov 2010 ) a.k.a Last Day
8.00 pagi
Pagi ini kami dijadualkan untuk bertolak awal. Destinasi utama pastinya Pasar Besar Kedai Payang. Itulah yang kami tertunggu-tunggu. Sabar ye semua orang... kejap lagi sampai. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 9.00 pagi. Sampai sahaja di sana, kami terus ke kedai makan untuk bersarapan. Dah berkeroncong perut semua orang. Banyak pula yang dijamahnya atas alasan nak mencuba  ;-)  Nasi dagang, nasi lemak, tupat palas, kayu kamat dll.. banyaknye yang dijual... mee sup pun ada rasanya.
9.15 pagi
Selesai bersarapan, kami pun pergi memburu barangan yang ingin dicari. Banyak betul kedai. Pening gak kepala bila dah banyak sangat. Cik Mah membawa kami ke sebuah kedai yang menjual batik. Dia kata kalau beli sepasang, dapatlah murah. Kedai tu boleh tahan harganya. Boleh tahannya... sampai RM200++ utk yg pompuan punya. Yang lelaki nye da RM100++ gak. Tu yang biasa2 nye kain. Belum lagi setanding “kain batik Kuala Lumpur” yang mencecah RM460 tapi konon diberi diskaun sehingga RM260. Hmm.. Cik Mah, saya nak beli sepasang untuk apa? Belum tiba masanya sy nk membeli batik untuk lelaki. Terima kasih jelah.. Kalau untuk hantaran pun nanti saya beli je la kat Jln TAR.. hehe! Oleh sebab saya ni kurang berminat dengan kain batik ni (melainkan hadiah drpd orang)... sy pun meneruskan perjalanan memburu rindu pada barang yang sememangnya telah tercatat dlm minda sejak sekian lama.. tapi rahsia.. hehe! Dapatlah 3 helai. Alhamdulillah, ada gak yg berkenan di hati.. maklumlah, cerewet sgt.. bkn senang nk dpt yg menepati citarasa. Kena bersabar memburu. Jd mmg ptutla rs bsyukur sgt. Kali ni, x beli byk sgt utk family. Bkn kedekut tp berjimat memandangkn brg yg dibeli ms gi Kelantan n Tganu sblm ni ada yg msih blum digunakn pun. Sama je brg2nye. Jd, beli yg perlu shj. Harap2 family suka lah...

11.00 pagi
Selesai membeli belah, kami pun berjalanlah menuju ke bas. Dalam perjalanan ke rumah Eca, pakcik bas offer tuk singgah di masjid terapung sekejap. Dapatlah bebudak ni ambil gambar ke. Sy x kisah coz da pernah dtg sini 3 tahun lepas. Tp, kira mengimbau kenangan lalu la jugak..kih3! Apa taknye, bercuti dengan orang popular gitu. Afad (Raihan) mmglah best. Suara dia, mmgla kelas gitu. X payah nk dgr radio. Sepanjang perjalanan didodoikan oleh nyanyiannya. Cukup2..! Usah dikenang peristiwa lalu..  ;-)   Bila dah selesai bergambar, kami pun meneruskan perjalanan. Kami singgah utk membeli keropok lekor 008. Sedap. Apalagi, borong lah. Mulanya beli sket je. Yelah, dok sorang2, sape plak yg nk mkn. Tp hati rs x sdap la plak. Kita dok mkn sorang2 kt sini. Teringat kt family. Kol mak lah.. hehe... akhirnya, decide.. balik kg lah jugak. Mulanya malas nk blk coz sekejap sgt tp xpe, lgpun dah lama x blk kg. Sekejap pun jd la. Lepaskan rindu. Sementara ada ruang dan waktu, biarpun sekejap jek...
12.45 tgh
Kami sampai ke rumah Eca. Terharu rasa sebab diterima sebagai tetamu. Terima kasih makcik coz bsusah payah masakkan makanan tghari utk kami serombongan ni. Nasi putih, ayam goreng, sayur, gulai ikan... Siap ada dessert lagi. “Belde” atau “Belede”. Hehe! Apa tu? Sama je dengan agar2, lengkung dsbg.. ikutlah, apa yg anda panggil di kg halaman masing2. Kenyang.. siap bungkus lagi. Semoga murah rezeki makcik sekeluarga nanti...
2.15 ptg
Kami beredar dr rumah Eca menuju ke KL. Tp byk pulak tempat yang disinggah lps itu. Dahlah singgah di gerai sata, pastu singgah lagi di gerai.. nk beli jagung n kacang rebus. Mmg pakcik bas ni melayan kami betul2. Yelah, nilah masanya nk tgk apape yg ptut. Ntah bila lg kami akan dtg ke sini lg..
Byk tempat yg kami singgah mbuatkn masa lari sket drpd jadual asal. Tp xpelah, bebudak pun ok je.. mereka pun nk tgk2 gak apa yg patut. Nk beli keropok kering di tempat lain pula. Nasib baik ler Ustzh Zue sebut ikan masin. Hampir terlupa dah. Kebetulan ada tinggal sekor jek ikan masin ikan merah. Lega.. klu tk, x sedap plak rs hati. Dapatlah buah tangan tuk ayah. Harap betul ler yg dibeli tu..
6.30 ptg
Kami tiba di Gambang. Kelam kabut ler coz x solat lagi. Lepas solat, gi makan. Sy n Eca minum milo panas je. X larat nk mkn coz dah byk sgt kropok lekor yg sy mkn td. Lps tu, trus solat maghrib. Pukul 7.30 mlm, kami pun naik bas semula menuju KL. Barulah terasa penatnya.. yelah, 3 hari 2 mlm kami bersukaria, jln2 merata tempat.
10.00 mlm
Seperti dijangka, kami tiba di sekolah pkl 10.00 mlm. Alhamdulillah, kami selamat dlm perjalanan pergi dan balik. Biarpun terdapat halangan, kami tetap bersyukur kerana dpt mengatasi setiap masalah dengan penuh sabar. Semoga pengalaman yg dilalui bersama akan menjadi kenangan terindah buat diri kami.

Thursday 4 November 2010

Terengganu oh... Terengganu... ( Day 2 )

Lawatan pelajar SMKBM ke Terengganu anjuran Persatuan Pelajar Islam. ( 3 - 5 November 2010 )
Day 2 ( 4 Nov 2010 )

8.00 pagi
Alhamdulillah... kami dapat memulakan hari kami dengan bersarapan di gerai yang berada bertentangan dengan SMK Sultan Sulaiman. Menu pagi ini.. banyak.. tp sbb malas nk fikir, minta je lah nasi dagang. Kalau kt Taqwa, mmg confirm dah order tosei.. Malu pulak rasanya.. mungkin sbb dah terbiasa order milo ais.. selamba je la minta milo ais. Gaknye abang gerai tu pun mesti nk tergelak.. tp kontrol macho la tu.. rupanya.. org ganu x minum ais pagi2.. ye ke..? Hmm.. sia-sia jek ngaku org Ganu.. haha! So pagi td.. minum le teh tarik..
9.00 pagi
Dari gerai tu, berjalanlah kami patah balik ke bas yang sedang menunggu. Destinasi kami pagi ni ialah Taman Tamadun Islam. Kami tiba awal. Taman Monumen hanya dibuka pada pukul 10 pg. Jadi kami x lepaskan peluang untuk bergambar di kawasan sekitarnya, termasuklah di jeti sekali. Mmg sampai x larat nk senyum lah kiranya.. hehe! Bkn apa.. kami x pasti bilakah lagi dapat kami berkunjung ke sini lagi.. jadi kami gunakanlah kesempatan yang ada ini sebaik mungkin.
10.00 pagi
Kaunter tiket dibuka. Sebaik mendapat tiket, kami pun beredar ke jeti dan bersiap sedia untuk menaiki TTI River Cruise. Pengalaman yang sangat2 menarik dan membuatkn kami tersangatlah excited... Sepanjang 40 minit kembara kami dalam cruise tersebut, banyak pengetahuan yang kami dapat. Mmg “abang bot” tu sangatlah informative. Banyak gak yang ditanya oleh pelajar2 ni.. loyar buruk pun seperti biasa..  ;-)
10.45 pagi

Usah berlebih-lebihan...
~ Berhentilah apabila cukup,
memadailah apabila sederhana ~
 Apalagi, dapat sahaja passport, kami trus masuk ke Taman Monumen. Nilah yang ditunggu2. Ada 21 buah monumen drpd 20 buah negara di situ. Mula2 je, kami masuk ke Monumen yang paling glamer..hehe.. Masjid Negara. Then kami naik tram untuk ke destinasi seterusnya. Saje nk merasa naik tram. Rasanya terlalu banyak yang nk diceritakan tentang apa yg berlaku sepanjang aktiviti modelling kami di situ. bila jam dah tunjukkan pukul 12.45 tgh.. hmm..apalagi, mulalah mencari surau. Beberapa langkah sahaja, ternampak signboard.. di bawah satu monumen.. wah2.. beria2 lah Eca buat report kt Ustaz Mohd Nasrul Hadi.. kami di Masjid Nabawi... hehe! Yg sebenarnya, kami x nmpak lg pun apa monumennye sbb kami dr arah yg bertentangan.. selesai solat je.. tgk2.. hehe! Masjidil Haram la.. kwang3... free2 jek Ustaz Hadi kena kelentong...tp bukan sengaja tau... Jgn marah yek.. Banyak juga kenangan yg sempat dirakamkan walaupun rasanya x dpt nk menjelajah ke pelusuk taman tu.. apa taknya.. 4 ½ jam kt Taman Monumen tu shj. Mmg sangat2 berbaloi.. tp mungkin harganya mahal sedikit jika pergi secara individu. RM25 seorang utk dewasa. Kanak2 x ingat la pulak... tp bila memikirkan pengalaman n pengetahuan yg kami timba di situ.. mungkin tidak dpt dibeli dgn harga tersebut. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam kerana memberi ruang n peluang kepada kami bersama-sama bercuti. Sesungguhnya kami amat bersyukur...

3.15 ptg
Kami bertolak ke UMT untuk lawatan x rasmi. Manalah tau.. kot2 ada pelajar2 ni yg akan diterima masuk ke UMT ni.. ni motivasi tau! Insya Allah.. belajar rerajin yek.. Kami rounding UMT sekejap je. Xla rounding actually coz kena patah balik jln yg sama. Harap2 UMT ni capat2 lah diupgrade.. senang sket nk melawat. Anyway, mmg banyak bangunan yg sedang dlm proses pembinaan. Naik taraf la jugak tu kan.. Smoga bertambah maju lagi.
3.45 ptg
Kami beredar dr UMT.. mulanya nk gi ke Noor Arfa Batik tp x jadi. X payah la.. sok je. Da ptg sgt. So, kami pun ubah perancangan. Gi ke pantai Batu Buruk. Lepak kt pantai n main games ntah apape.. haha! Layan... lepas tu, kami gi gerai, apalagi, kropor lekor le.. n air kelapa. Teringin plak nk minum air kelapa. Kami pulang ke Homestay dlm kul 7.00 mlm. Apa lagi, lepak.. penat.. bersiap2 n skrg ni.. tgh menaip la ni. Bebudak.. biarkan diorg uruskan BBQ.. hehe! Hari ni bglah ckgu rehat... selalu klu camping ckgu gak yg watkn.. tul tak..? hehe! Thank you utk sumer bebudak rajin kt luar bilik ckgu tu... masak sedap2.. jgn smpai hangus... dah siap, panggil ckgu yek.. hehe!
9.00 mlm
BBQ nite... jeng3...  ;-)

With Qimmie ;-)


Terengganu oh.. Terengganu...

Lawatan pelajar SMKBM ke Terengganu anjuran Persatuan Pelajar Islam. ( 3 - 5 November 2010 )
Day 1 ( 3 Nov 2010 )
Hari ni, kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Pemergian kami diiringi oleh Pengetua SMKBM, Pn. Zakiah Abang Bawi serta Guru Kanan Kemanusiaan, Pn. Rosiah Mustaffa. Doakan keselamatan kami pergi dan pulang.
10.30 pagi
Berhenti di Hentian Rehat Temerloh untuk sarapan kerana ada di kalangan pelajar2 yang belum makan. Hmm...nasib baik la aku dah mkn dlm bas td.. Mee goreng kedai Harith.. satu bas msti bau td..haha!! Jadi, di sini, hanya temankan Eca makan.. then beli la roti n minyak Yu Yee cap Limau (lupa nk bawak).
11.00 pagi
Bergerak dari Hentian Rehat Temerloh. Perjalanan amat menyeronokkan.. utk beberapa ketika.. sbb lepas tu aku pun pengsan.. haha!
1.00 ptg
Hentian Rehat Chendor. Solat jamak takdim di sini. Then makan tghari trus. Malas nk mkn nasi coz baru jek rasanye mkn mee td.. so, beli lah ntah apape.. n terpaksa beli kuih gulung coz nk umpan Basir.. Asyik tercari-cari ummi yg tgh solat. Hmm.. dia x mkn umpan pun..jd kitaorg lak yg mkn.. 
2.00 ptg
Seperti yg dijanjikan, naik bas tuk teruskan perjalanan. Malangnya, tgu punya tgu.. Rupanya bas ada masalah. Terpaksa tgu bas dr Maran utk membawa kami ke destinasi. Mulanya dikatanya sejam jek lg bas akan tiba..  namun, kami hanya dpt menaikinya pada pukul 4.20ptg.. bkn sejam la bang. Apapun, aku bersyukur kerana  yakin bhw hikmah Allah pasti menyusul. Kami menaiki bas baru yg plastiknya masih belum dibuka pun. Jangan marah.. tapi naik bas PLKN. Bas  Alhamdulillah.. Cuma drivernye ganas sket.. relax pakcik.. gunung x lari pun jika dikejar...
7.25 mlm
Oleh kerana kesuntukan masa, plan terpaksa ditukar untuk jimatkn masa. Jadi kami pun per gi la ke Masjid Kristal dahulu. Kami tiba pd pkl 7.25 mlm. Dapatlah solat jamak jg di sini. Lepas tu, kami gi makan kt Pantai Batu Buruk. Hujan.. Pukul 10.15 mlm bertolak ke Homestay yg kami duduki.. hehe.. skrg ni sy di Homestay itulah..dan sy mohon diri untuk tidur dulu ye...ngantuk.. esok sambung lg, insya Allah.

Tuesday 2 November 2010

Dekat di Mata, Jauh Dari Hati?

Jika yang jauh di mata, boleh terasa dekat di hati... mengapa pula yang dekat di mata berada jauh dari hati?
Pelik bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Manusia selalu menikmati kewujudan seseorang di sisi tanpa ada rasa insaf. Insaf akan NILAI sebuah perhubungan. Hubungan sesama manusia biar apa pun ikatan di antara mereka. Hubungan seperti ibubapa-anak, adik-beradik, sanak-saudara, jiran-tetangga, teman-taulan, rakan sekerja, teman sehati sejiwa, suami-isteri, dsbg. Mungkinkah kealpaan manusia terhadap nilai itu menyebabkan berlakunya perasaan “dekat di mata tetapi jauh dari hati” ini? Atau mungkinkah manusia terlalu ingin menjaga ego diri agar kelihatan lebih hebat drpd manusia sekeliling, yang mjadikan mereka alpa? Atau, mungkinkah perasaan malu menyelubungi diri sehingga menyebabkan mereka malu untuk melafazkan rasa sayang serta menjaga hubungan itu biarpun pada keluarga sendiri hingga ternukillah lagu “Lafaz Yang Tersimpan”? Wallahu a’lam.
Biar apapun alasan, setiap insan pasti mpunyai sebab yang tersendiri. Mungkin tidak dapat diterima oleh org lain, tapi biarlah diri sendiri yang mengerti.. agar dapat menjawab pertanyaan sendiri tatkala muhasabah diri. Sebelum meneruskan bicara, inginku kongsi bersama. Pernah kubaca beberapa artikel yang menyentuh tentang perhubungan sesama manusia ini. Antara yang menarik perhatianku adalah larangan cubaan mengubah sikap manusia. “Terimalah diriku seadanya”. Frasa yang amat popular terutama sekali di kalangan rakan karib dan juga mereka yang sedang bercinta bahkan suami isteri juga. Bukan diriku hendak menyangkal, tetapi aku setuju dgn frasa tersebut. Memang tiptop lah org yg menciptanya.. Hanya, mungkin kerana aku terlalu kritis.. rasanya adakalanya, ia tidak boleh  diterima mentah2 jek. Maaf jika aku kurang sensitif.. tetapi ini hanya pendapatku yg mungkin kurang pengalaman.
Memang kita tidak patut mengubah org lain hanya kerana kepentingan diri sendiri. Kita juga tidak patut berubah hanya kerana org lain. Jikalau tak, kita akan menyesal nanti. Namun, pernahkah kita terfikir, mengapa perlu kita menyesali sesuatu yang TIDAK mendatangkan kemudharatan pada kita? Malah, jika ianya membawa kepada kebaikan, tiada salahnya perubahan itu kita dilalui atau lakukan. Andai kita menyesalinya, maka, di situlah sebenarnya permulaan masalah kita. Kita tidak ikhlas dan redha dengan apa yg kita lalui. Jika kita ikhlas, maka sesalan tidak perlu wujud selagi kita tidak ingkar arahanNya. Malah, andai difikirkan secara mendalam, kita sebenarnya cuba untuk mengharmonikan sesuatu perhubungan dgn melakukan sedikit perubahan.  Janganlah anggap kita lemah kerana tunduk pada arahan org lain, tetapi anggaplah kita berusaha memperbaiki diri sendiri dengan bimbingan org yg kita sayangi itu. Dia atau mereka inginkan hanya yang terbaik untuk kita. Kerana itulah dia menegur kita.. Mari kita renung situasi ini pula...
Pada hari ulang tahun org yang disayangi.. kita sibuk carikan hadiah bukan?
Bila dia dapat naik pangkat, kita x lengah2 nk ucapkan tahniah, betul tak?
Bila dia dapat baby baru, kita yang dulu melawat ‘anak angkat’ kita tu, x gitu ke?
Jadi jika kita betul sayang padanya, pasti kita akan cuba buat sesuatu yg menyukakan hatinya, betul bukan?
Itulah nilai sebuah perhubungan. Sentiasa berusaha menggembirakan hati mereka. Hmm.. jadi apalah salahnya, jika org yg kita sayangi hendakkan kita buat sesuatu yg mudah dan masuk akal selagi ia tidak bertentangan dgn agama kita dan ditegur dengan cara berhikmah. Lainlah jika suami minta buka tudung, kawan belanja minum arak, jiran ajak gi disko.. nau’zubillah..
Berbalik kepada tajuk asalnya.. adakah mungkin kerana kita tidak mahu menerima pandangan atau nasihat org lain hingga menyebabkan silaturrahim yang terjalin sekian lama terputus talinya.. kemesraan yang wujud kini telah pudar sinarnya... sayang yang mencurah2 suatu ketika dahulu kini ketandusan rasa? ... dan HATI TERASA JAUH biarpun jasad ibarat mendakap erat...? Apa sebenarnya... Wallahua’lam.
Segalanya bermula dari HATI...
Renung-renungkan dan selamat beramal.