Islamic Widget

Monday 22 November 2010

Kerana Ego, Tanggunglah Rindu Itu.. Huhu!


~ Baby Aunty ~
Sebab merajuk dengan seseorang.. saya tidak menjawab soalan si kecik tu. "Aunty nak gi mana aunty?" tanya Yayash pagi tadi. Tapi oleh kerana masih merajuk, saya yang terkenal dengan kebolehan "mematikan diri sendiri" (menurut kakak) tidak mengendahkan soalannya. Buat tak tahu jek. Lepas tu, saya pun siap2 la.. angkat beg2 n masukkan dalam kereta. Entah macam mana, bila masuk ke rumah semula, dia takde pulak. Hmm, mana dia pergi nih. Tapi, pelik sungguh la saya hari ni, sikit pun tak cari dia. Mungkin sebab menahan airmata tadi, tu yang nak beredar cepat-cepat kot. Hati kukeraskan juga untuk tidak mencari dia. HUHU!! Kejamnye..!! Padan muka sendiri.. belum setengah jam drive, dah nangis.. coz rindu kat dia.. nyesal tak cari dia kat umah sebelah (yg padahal boleh jerit jek..jarak mcm dr kantin guru ke makmal kimia. tu pun jauh..). Entah macamane..diri ini terfikir, seandainya itulah kali terakhir saya dapat berjumpa dengannya, memang tak tahulah nak kata apa.. or if diri ini yang pulang ke kampung hanyalah jasad semata, bagaimanakah agaknya..? Na'uzubillah. Ya Allah, kau panjangkanlah usia kami, agar kami dapat bertemu semula dalam suasana yang aman bahagia.
Jadi, bagi menebus kesilapan, saya bertekad untuk pulang ke kampung juga pada hari Rabu or Khamis ini.. supaya dapat berjumpa dengan dia. Lepas tu, terus hantar dia ke Singapore untuk tempoh yang agak lama. Dapat juga lepaskan rindu padanya. Yayash akan mula bersekolah di sana semula. Goodbye Tadika Uyyun, Goodbye Tadika Manja Bonda, Goodbye Tadika Permata. Amboi.. banyaknye sekolah dia..! Yang kt S'pore dulu lupa plak namanye. Ada 4 semuanya.. Haha!! Itulah dia, si Yayash.. I will miss you baby.. ;(
Kepada 'kakak2' dan 'abang2' (x kiralah dari golongan pelajar atau guru haha!) yang slalu main dengan Yayash, selalu belanja dia.. terima kasih bebanyak. Allah saja yang membalas budi kalian. Terima kasih kerana menjaga babyku dengan baik. Pastinya dia akan merindui kalian.




~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

No comments:

Post a Comment