Islamic Widget

Tuesday 9 November 2010

Semua Manusia Adalah Sama

Semlm adalah hari yang sgt mencabar. Diriku berhadapan dgn satu situasi di sekolah. Aduh.. adakah sy dah buat satu kesilapan.. tp niatku adalah untuk membuka matanya.. dan menyedarkannya. Mungkin dia sedang keliru. Sebagai seorang guru, pastinya sy ingin sahaja membantunya tidak kira bila n di mana sekalipun. Atau mungkinkah diriku tersilap bicara. Maklumlah.. sy kn bersemangat bila bercakap.. haha! Bila dia menangis..hmm.. terkejut sebenarnya.. tp sy cuba kontrol macho lg la. Dalam pada menasihatinya, sy hanya berdoa agar Allah berikan diriku ilham untuk berbicara demi meyakinkannya dan smoga Allah bukakan pintu hatinya untuk menerima apa yg baik.. jika x, sy x salahkannya pun. Mungkin dia ada alasannya yg tersendiri. Wallahua’lam.
The moral of the story: x kiralah ye apa pun situasi pg td ye... kita kena beringat.. buatlah yg terbaik untuk diri sendiri. Buat pilihan yg tepat. Seandainya kita keliru, mintalah tolong dr Allah. Bak kata Ustazah Zue yg berada bersama2 di tempat kejadian, “buat istikharah... slagi kabur2.. ha.. buat lagi istikharah.. smpai dpt jawapan..” haha! Serius kan dengar. Tp tu la hakikatnya, cuma kita yg slalu lupa utk minta petunjuk dr Allah. Bukan stakat nk pilih jodoh sahaja tau. Klu org Arab, nk gi shopping pun siap istikharah.. kita ni main redah jek slagi blh melangkah.. nk2 bila dpt sms: “Sale di Jusco..” haha! (11 nov ni sale tau.. bru dpt sms td-sempat lg tu iklan).
Apa yg blaku pg smlm adalah berpunca dr sikap atau pandangan negatif sesetengah pihak. Sebenarnya, rasa terkilan juga dengan sikap segelintir manusia yg sgt kolot pemikirannya. Ada beberapa kes juga yg sy dengar disebabkn ada pelajar yg berasa terlalu bangga sehingga sanggup memandang rendah pada orang lain. Sedangkan mereka sbenarnya tidak tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan.. kenapa rasa diri patut dipandang hebat shingga org lain blh dipersendakan..? Sedangkan semua manusia adalah sama di sisi Allah. Hanya iman dan taqwa yg membezakan mereka. Adakah ia kerana anda pasti bhw masa depan anda terlalu cerah? Tiada siapa yg dpt menentukannya.. kita hanya mampu berusaha. Seandainya kejayaan yg kita raih, alhamdulillah, jika tidak, pasti Allah telah memperuntukkan sesuatu yg lebih baik di sebalik kegagalan kita itu.
Aliran sebenarnya tidak menentukan kejayaan di masa hadapan. Ia hanya sbg suatu alat bg persiapan awal untuk pelajar yg bakal memasuki alam pekerjaan nanti. Jika ingin menjadi doktor, pastinya aliran sains hayat lebih menjamin masa depan. Jika anda ingin menjadi seorang pereka fesyen, xkanlah nk masuk bidang  sains pula. Tidak ada kaitan langsung. Begitu juga jika ingin menjadi seorang usahawan di bidang permotoran.. pastikan anda mempunyai latar belakang dlm bidang keusahawanan dan juga permotoran. Ha, yg ni sesuai kot utk pelajar MPV (7107) kita. Usahawan kecil-kecilan dahulu..ada rezeki, insya Allah brkembang maju juga satu hari nanti. Jadi, adakah di sekolah, pelajar2 disediakan untuk GAGAL dlm hidup? Tidak sama sakali. Semua org punyai harapan dan masa depan yg cerah. Cuma kita yg sendiri pilih bagaimana kita hendak mencorakkan masa depan kita. USAHA sgt2 penting. Tetapi selebihnya adalah urusan Allah.
Jadi usahlah pandang rendah dan menganggap diri maha hebat. Jika anda HEBAT, baguslah.. blh sy menumpang sedikit.. tp perlu diingat, ANDA HEBAT bukan bermaksud DIA TIDAK BERGUNA. Mereka juga hebat dlm bidang masing2. Doktor perlukan baju cantik untuk pergi berjalan @ masa bernikah, btul tak? Klu doktor tu pandai jahit secantik pakaian Radzwan Radzwill, baguslah. Bonus untuknya.. msti tinggi hantarannya kan? Tp klu tak pandai jahit, macamane pula? Nk pakai bju kelawar ke? Yg tukang jahit ni pulak, klu sakit, msti kena jmpa doktor, x gitu? Takkan nk minta ubat dr mekanik kot..? Hmm.. betapa kita sgt memerlukan antara satu sama lain. Jadi, tukarlah pemikiran kita. Suka ataupun tidak, KITA SALING MEMERLUKAN...
Hari ini, berita gembira untukku. Mungkin Allah telah membukakan pintu hati pelajar tersebut untuk melihat apa yg terbaik untuk dirinya sendiri. Semoga dia diberikan kekuatan dan kesabaran dlm membuat apa yg perlu dilakukannya. Diharapkn agar ianya menjadi motivasi dan pemangkin untuknya berusaha selagi terdaya. Semoga Allah sentiasa bersama. Sy doakan agar kejayaan milikmu, sayang.

No comments:

Post a Comment