Islamic Widget

Tuesday 2 November 2010

Dekat di Mata, Jauh Dari Hati?

Jika yang jauh di mata, boleh terasa dekat di hati... mengapa pula yang dekat di mata berada jauh dari hati?
Pelik bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Manusia selalu menikmati kewujudan seseorang di sisi tanpa ada rasa insaf. Insaf akan NILAI sebuah perhubungan. Hubungan sesama manusia biar apa pun ikatan di antara mereka. Hubungan seperti ibubapa-anak, adik-beradik, sanak-saudara, jiran-tetangga, teman-taulan, rakan sekerja, teman sehati sejiwa, suami-isteri, dsbg. Mungkinkah kealpaan manusia terhadap nilai itu menyebabkan berlakunya perasaan “dekat di mata tetapi jauh dari hati” ini? Atau mungkinkah manusia terlalu ingin menjaga ego diri agar kelihatan lebih hebat drpd manusia sekeliling, yang mjadikan mereka alpa? Atau, mungkinkah perasaan malu menyelubungi diri sehingga menyebabkan mereka malu untuk melafazkan rasa sayang serta menjaga hubungan itu biarpun pada keluarga sendiri hingga ternukillah lagu “Lafaz Yang Tersimpan”? Wallahu a’lam.
Biar apapun alasan, setiap insan pasti mpunyai sebab yang tersendiri. Mungkin tidak dapat diterima oleh org lain, tapi biarlah diri sendiri yang mengerti.. agar dapat menjawab pertanyaan sendiri tatkala muhasabah diri. Sebelum meneruskan bicara, inginku kongsi bersama. Pernah kubaca beberapa artikel yang menyentuh tentang perhubungan sesama manusia ini. Antara yang menarik perhatianku adalah larangan cubaan mengubah sikap manusia. “Terimalah diriku seadanya”. Frasa yang amat popular terutama sekali di kalangan rakan karib dan juga mereka yang sedang bercinta bahkan suami isteri juga. Bukan diriku hendak menyangkal, tetapi aku setuju dgn frasa tersebut. Memang tiptop lah org yg menciptanya.. Hanya, mungkin kerana aku terlalu kritis.. rasanya adakalanya, ia tidak boleh  diterima mentah2 jek. Maaf jika aku kurang sensitif.. tetapi ini hanya pendapatku yg mungkin kurang pengalaman.
Memang kita tidak patut mengubah org lain hanya kerana kepentingan diri sendiri. Kita juga tidak patut berubah hanya kerana org lain. Jikalau tak, kita akan menyesal nanti. Namun, pernahkah kita terfikir, mengapa perlu kita menyesali sesuatu yang TIDAK mendatangkan kemudharatan pada kita? Malah, jika ianya membawa kepada kebaikan, tiada salahnya perubahan itu kita dilalui atau lakukan. Andai kita menyesalinya, maka, di situlah sebenarnya permulaan masalah kita. Kita tidak ikhlas dan redha dengan apa yg kita lalui. Jika kita ikhlas, maka sesalan tidak perlu wujud selagi kita tidak ingkar arahanNya. Malah, andai difikirkan secara mendalam, kita sebenarnya cuba untuk mengharmonikan sesuatu perhubungan dgn melakukan sedikit perubahan.  Janganlah anggap kita lemah kerana tunduk pada arahan org lain, tetapi anggaplah kita berusaha memperbaiki diri sendiri dengan bimbingan org yg kita sayangi itu. Dia atau mereka inginkan hanya yang terbaik untuk kita. Kerana itulah dia menegur kita.. Mari kita renung situasi ini pula...
Pada hari ulang tahun org yang disayangi.. kita sibuk carikan hadiah bukan?
Bila dia dapat naik pangkat, kita x lengah2 nk ucapkan tahniah, betul tak?
Bila dia dapat baby baru, kita yang dulu melawat ‘anak angkat’ kita tu, x gitu ke?
Jadi jika kita betul sayang padanya, pasti kita akan cuba buat sesuatu yg menyukakan hatinya, betul bukan?
Itulah nilai sebuah perhubungan. Sentiasa berusaha menggembirakan hati mereka. Hmm.. jadi apalah salahnya, jika org yg kita sayangi hendakkan kita buat sesuatu yg mudah dan masuk akal selagi ia tidak bertentangan dgn agama kita dan ditegur dengan cara berhikmah. Lainlah jika suami minta buka tudung, kawan belanja minum arak, jiran ajak gi disko.. nau’zubillah..
Berbalik kepada tajuk asalnya.. adakah mungkin kerana kita tidak mahu menerima pandangan atau nasihat org lain hingga menyebabkan silaturrahim yang terjalin sekian lama terputus talinya.. kemesraan yang wujud kini telah pudar sinarnya... sayang yang mencurah2 suatu ketika dahulu kini ketandusan rasa? ... dan HATI TERASA JAUH biarpun jasad ibarat mendakap erat...? Apa sebenarnya... Wallahua’lam.
Segalanya bermula dari HATI...
Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment