Islamic Widget

Thursday 4 November 2010

Terengganu oh... Terengganu... ( Day 2 )

Lawatan pelajar SMKBM ke Terengganu anjuran Persatuan Pelajar Islam. ( 3 - 5 November 2010 )
Day 2 ( 4 Nov 2010 )

8.00 pagi
Alhamdulillah... kami dapat memulakan hari kami dengan bersarapan di gerai yang berada bertentangan dengan SMK Sultan Sulaiman. Menu pagi ini.. banyak.. tp sbb malas nk fikir, minta je lah nasi dagang. Kalau kt Taqwa, mmg confirm dah order tosei.. Malu pulak rasanya.. mungkin sbb dah terbiasa order milo ais.. selamba je la minta milo ais. Gaknye abang gerai tu pun mesti nk tergelak.. tp kontrol macho la tu.. rupanya.. org ganu x minum ais pagi2.. ye ke..? Hmm.. sia-sia jek ngaku org Ganu.. haha! So pagi td.. minum le teh tarik..
9.00 pagi
Dari gerai tu, berjalanlah kami patah balik ke bas yang sedang menunggu. Destinasi kami pagi ni ialah Taman Tamadun Islam. Kami tiba awal. Taman Monumen hanya dibuka pada pukul 10 pg. Jadi kami x lepaskan peluang untuk bergambar di kawasan sekitarnya, termasuklah di jeti sekali. Mmg sampai x larat nk senyum lah kiranya.. hehe! Bkn apa.. kami x pasti bilakah lagi dapat kami berkunjung ke sini lagi.. jadi kami gunakanlah kesempatan yang ada ini sebaik mungkin.
10.00 pagi
Kaunter tiket dibuka. Sebaik mendapat tiket, kami pun beredar ke jeti dan bersiap sedia untuk menaiki TTI River Cruise. Pengalaman yang sangat2 menarik dan membuatkn kami tersangatlah excited... Sepanjang 40 minit kembara kami dalam cruise tersebut, banyak pengetahuan yang kami dapat. Mmg “abang bot” tu sangatlah informative. Banyak gak yang ditanya oleh pelajar2 ni.. loyar buruk pun seperti biasa..  ;-)
10.45 pagi

Usah berlebih-lebihan...
~ Berhentilah apabila cukup,
memadailah apabila sederhana ~
 Apalagi, dapat sahaja passport, kami trus masuk ke Taman Monumen. Nilah yang ditunggu2. Ada 21 buah monumen drpd 20 buah negara di situ. Mula2 je, kami masuk ke Monumen yang paling glamer..hehe.. Masjid Negara. Then kami naik tram untuk ke destinasi seterusnya. Saje nk merasa naik tram. Rasanya terlalu banyak yang nk diceritakan tentang apa yg berlaku sepanjang aktiviti modelling kami di situ. bila jam dah tunjukkan pukul 12.45 tgh.. hmm..apalagi, mulalah mencari surau. Beberapa langkah sahaja, ternampak signboard.. di bawah satu monumen.. wah2.. beria2 lah Eca buat report kt Ustaz Mohd Nasrul Hadi.. kami di Masjid Nabawi... hehe! Yg sebenarnya, kami x nmpak lg pun apa monumennye sbb kami dr arah yg bertentangan.. selesai solat je.. tgk2.. hehe! Masjidil Haram la.. kwang3... free2 jek Ustaz Hadi kena kelentong...tp bukan sengaja tau... Jgn marah yek.. Banyak juga kenangan yg sempat dirakamkan walaupun rasanya x dpt nk menjelajah ke pelusuk taman tu.. apa taknya.. 4 ½ jam kt Taman Monumen tu shj. Mmg sangat2 berbaloi.. tp mungkin harganya mahal sedikit jika pergi secara individu. RM25 seorang utk dewasa. Kanak2 x ingat la pulak... tp bila memikirkan pengalaman n pengetahuan yg kami timba di situ.. mungkin tidak dpt dibeli dgn harga tersebut. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam kerana memberi ruang n peluang kepada kami bersama-sama bercuti. Sesungguhnya kami amat bersyukur...

3.15 ptg
Kami bertolak ke UMT untuk lawatan x rasmi. Manalah tau.. kot2 ada pelajar2 ni yg akan diterima masuk ke UMT ni.. ni motivasi tau! Insya Allah.. belajar rerajin yek.. Kami rounding UMT sekejap je. Xla rounding actually coz kena patah balik jln yg sama. Harap2 UMT ni capat2 lah diupgrade.. senang sket nk melawat. Anyway, mmg banyak bangunan yg sedang dlm proses pembinaan. Naik taraf la jugak tu kan.. Smoga bertambah maju lagi.
3.45 ptg
Kami beredar dr UMT.. mulanya nk gi ke Noor Arfa Batik tp x jadi. X payah la.. sok je. Da ptg sgt. So, kami pun ubah perancangan. Gi ke pantai Batu Buruk. Lepak kt pantai n main games ntah apape.. haha! Layan... lepas tu, kami gi gerai, apalagi, kropor lekor le.. n air kelapa. Teringin plak nk minum air kelapa. Kami pulang ke Homestay dlm kul 7.00 mlm. Apa lagi, lepak.. penat.. bersiap2 n skrg ni.. tgh menaip la ni. Bebudak.. biarkan diorg uruskan BBQ.. hehe! Hari ni bglah ckgu rehat... selalu klu camping ckgu gak yg watkn.. tul tak..? hehe! Thank you utk sumer bebudak rajin kt luar bilik ckgu tu... masak sedap2.. jgn smpai hangus... dah siap, panggil ckgu yek.. hehe!
9.00 mlm
BBQ nite... jeng3...  ;-)

With Qimmie ;-)


No comments:

Post a Comment