Islamic Widget

Thursday 28 October 2010

Salam takziah dariku...

Saat mendengar berita itu, aku terkedu. Tiada ungkapan dariku untukmu. Aku harap, itu bukan ego kerana aku masih marah padamu... tetapi biarlah ia merupakan sesalan kerana aku tidak ada bersamamu di saat kau mungkin memerlukan pendengar setia. Maaf. Semoga Allah menghapuskan kemarahan di hati ini dan agar aku memaafkanmu, sebagaimana aku juga mahu dimaafkan oleh orang lain. Teringat pula aku pada kata-kata ini:
Jika kita rasa hidup kita ini susah,
Ingatlah, ada orang lain yang lebih susah dari kita tapi tiada keluh kesah.
Jika kita rasa kita terlalu banyak menanggung derita,
Ingatlah, ada orang lain yang lagi banyak menerima pelbagai dugaan tapi jauh lebih tabah.
Jika kita rasa kita buntu dengan semua penyelesaian masalah,
Ingatlah, ada orang yang sentiasa diuji tapi tak kenal erti putus asa.
Insya Allah, kita semua akan dapat mengatasinya nanti. Allah menguji hambanya dengan ujian yang sebenarnya terdaya dipikul oleh mereka...
Bersabarlah temanku.. Salam takziah dariku sekeluarga atas berita yang baru diterima. Semoga ia akan menjadikan kita hambanya yang lebih tabah dan bersyukur dengan segala nikmat yang masih dipinjamkan buat sementara... Semoga ia juga menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Dan jangan pernah lupa, semuanya hanyalah pinjaman Allah buat kita semata.
* Aku bersyukur atas segala kurniaan nikmatMu *

No comments:

Post a Comment