Islamic Widget

Thursday 28 October 2010

Selamat Hari Ulangtahun...Ayah..

27 Oktober 2010 sebenarnya, hari jadi Ayah yang ke 60. Alhamdulillah, smoga panjang umur dan murah rezeki serta dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa. Teruknya saya ni.. Hari Isnin ingat, tunggu la dulu.. Selasa, hmm.. saya ingat ke ek..? Lupa plak.. Rabu, hmm.. ingat.. tapi x sempat nk kol.. busy sangat... Nasib baik mak kol sbb nak bgtau berita gembira yang telah sekian lama kami nantikan. Alhamdulillah. Tp tu lah.. tunggu punya tunggu, sampai kita lupa.. kerja punya kerja.. sampai x sempat nk hubungi keluarga.. Padahal, dulu bukan main berkobar2, konon nk spend masa dgn family bila start kerja sbb mula Form 1 dah masuk asrama.. (ASPURI SSI JB). Hmm.. manusia dan janjinya..
Semoga Ayah lebih sihat dan semakin beransur pulih dari pembedahan kecil tu.. Semoga dengar nasihat mak.. jangan minum air gas.. x payah beli untuk Yayash.. nanti Ayah tumpang sekaki.. Hehe!

Lafaz Yang Tersimpan
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

No comments:

Post a Comment