Islamic Widget

Tuesday, 7 December 2010

Di Pagi Awal Muharram 1432H

Salam Maal Hijrah 1432H.
Alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menikmati udara nyaman di pagi hari 1 Muharram 1432H ini. Entah mengapa, mata ini tidak mengantuk sama sekali. Mungkin Allah memberiku peluang untuk berjaga di malam hari untuk beribadah kepadaNya. Tapi, lain pula yang daku lakukan. Namun, daku benar-benar berharap, moga tulisanku ini akan dikira sebagai ibadah padaNya jua. Andai daku tersilap bicara, maaf kupohon pada semua, sebelum tuturku bermula.
            Pagiku ini amat syahdu. Sbb boring x dpt nk video call dgn Yayash, daku pun melayari entah apa-apa blog yang ada dan juga video klip, tanpa disedari, daku terklik ke video isteri solehah. Muka mcm pernah ku kenal. Tapi bila kutonton video itu, ternampaklah apa sebenarnya isi video tersebut. Hibanya rasa.. kerana daku mmg pernah menonton video itu. Video yang menunjukkan seorang isteri yang kehilangan suaminya akibat tragedi pesawat Nuri beberapa tahun dahulu. (Al-Fatihah buat semua prajurit yang telah terkorban dalam usaha menjaga keamanan negara. Semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman, insya Allah.) Memang daku akui, semasa tersiarnya video itu di televisyen, mmg diri ini tidak dapat mengawal kesedihan. Namun, daku begitu kagum dengan ketabahan isteri itu.. gagahkan diri, menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat suami tercinta, biarpun dalam keadaannya yang paling lemah dek kehilangan itu. Tabahnya dikau.. terfikir pula diri ini, adakah daku se’tabah’nya? Mampukah daku menjadi se’gagah’nya? Dapatkah daku menjadi se’sabar’nya? Dan yang paling merisaukan diri ini, dapatkah daku menjadi seorang isteri se’solehah’nya.. yang masih mampu mendoakan segala yang terbaik buat si suami dalam apa jua keadaan sekalipun..? Wallahu’alam. Namun, diri ini tetap berdoa agar dapat menjadi yang terbaik buat semua, bukan setakat suami memandangkan daku masih single setakat hari ini ;-D

Ya Allah, izinkanlah hambaMu ini menjadi seorang anak yang solehah, seorang adik yang budiman, seorang kakak yang berusaha memberi tunjuk ajar, seorang ‘aunty’ yang tanpa henti mengasihi, seorang anak saudara yang sentiasa menghormati makcik dan pakciknya, seorang sepupu yang prihatin dgn kebajikan sepupunya, seorang guru yang tanpa jemu mengusahakan ke arah kecemerlangan pelajarnya, seorang pekerja yang mematuhi arahan majikannya, seorang sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup sahabatnya di mana sahaja mereka berada, seorang jiran yang mengharmonikan hubungan sesama tetangga, seorang bakal isteri yang sentiasa berusaha mencari keredhaan suami yang beriman agar dapat bersama hingga ke syurga, seorang bakal ibu yang dapat membentuk zuriat2 yang cemerlang di dunia dan akhirat, seorang bakal nenek yang dapat menurunkan ilmu2 berguna agar seluruh keturunanku kelak dapat dikumpulkan untuk kami bertemu di syurga. Ya Allah, daku sedar, terlalu banyak permintaanku berbanding amalku. Belum kuhitung pula banyaknya khilafku. Malu pula rasanya hendak meminta semuanya. Namun, hanya kepadaMu ku pohon segalanya. Berilah daku kesabaran yang tinggi dan jadikanlah daku seorang yang penyabar. Berilah diri ini petunjuk dan hidayahMu, Ya Allah. Sesungguhnya tiada yang lebih berKuasa melainkan Allah, Tuhan Sekalian Alam. Hanya padaMu tempatku meminta pertolongan dan hanya kepadaMu ku serahkan segalanya.
Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Berbalik kepada tujuan asalku. Sebenarnya, pagi ini daku ingin berbicara tentang salah satu mutiara kata (atau kata-kata hikmah) yang muncul di blog2 dan FB ramai orang. Memanglah daku suka membaca.. tapi untuk beri komen tu, x sempat lah.. jadi akan kurangkumkan di blogku sendiri. Begini bunyinya:

Tak perlu mencari teman sehebat Sulaiman , Andai diri tak secantik Balqis,
Jangan mengharap teman setampan Yusuf, Jika kasih tak setulus Zulaikha,
Usah mengharap teman seteguh Ibrahim, Andai diri tak sekuat Siti Hajar,
Bimbinglah dirinya dan terima kekurangan yang ada sebagai anugerah,
Carilah kebaikan dan bersyukur dipertemukan dengannya...
(Dipetik drpd post FB seseorang yang tidak kukenali - ini khusus untuk kaum Hawa)
* adakalanya, frasa diterbalikkan untuk menjuruskan pada kaum Adam pula *

dan juga berkenaan pernyataan berikut:
“Jika wanita harus pandai memasak, lelaki harus mampu menjadi imam”
(Juga dipetik drpd FB seseorang)

Apa yang kufahami ialah, penulis ingin meluahkan perasaannya tentang kelakuan manusia yang terlalu mencari kesempurnaan. Sedangkan semua orang maklum, bahawa tiada siapa yang sempurna. Bukan niatku untuk menyangkal kerana dalam blogku pun ada juga kutulis mengenai perkara ini (Tajuk: Dambakan yang Sempurna?). Namun, yang menarik perhatianku ialah kerana kata-kata yang sama yang digunakan. Jadi tiba2 sahaja, daku menjadi kritis (hehe..mmg slalu gitu sebenarnya..). Bila difikirkan semula, daku menjadi bingung. Utk memendekkan celotehku, beginilah.
            Pada fikiranku, memang benar, kita harus menyedari dan insaf tentang kelemahan diri, justeru tidak wajarlah kita mengharapkan orang lain menjadi sempurna. Tetapi, daripada pengalamanku (xsemestinya pengalamanku sendiri, ye), mmg nampak macam betul je kesempurnaan yang dicari semua orang. Tetapi, nanti dulu ye.. Beginilah, mungkin daku ini seorang perempuan, pandangan berbeza drpd lelaki tetapi, daku juga ingin menyatakan pendapatku.
            Rasanya, kita tidak patut menuduh mana2 pihak terlalu mencari kesempurnaan terutama sekali bab jodoh. Ini adalah kerana bukan semua yg mencari kesempurnaan sebenarnya, sebaliknya mereka mungkin mencari keserasian. Keserasian tidak semestinya bermakna persamaan mahupun kesempurnaan. Tetapi ia bermaksud mencari peluang untuk menjadikan seseorang atau sesuatu perkara itu lebih byk persamaannya antara satu sama lain dan sekaligus menjadikannya lebih hampir kepada sempurna. Mungkin dalam proses mencari yang serasi, mereka tersasar sedikit. Jadi, usahlah kita tuduh mereka. Kerana kita juga apa kurangnya. Kita juga kalau boleh mahu menyenaraikan kriteria2 berikut untuk calon suami/isteri:
1)      Orang yang beriman (Alhamdulillah, jika ini yg pertama difikirkan)
1)      Berharta
1)      Berkerjaya
1)      Berupa (Ada rupa.. hensem lah, comel lah)
1)      Bertimbangrasa
1)      Bertanggungjawab
1)      Dan lain2 lagi
    Tapi, semuanya adalah yang bernombor SATU .. lagi teruk bukan..?

Daku tidak bermaksud untuk mengatakan kita tidak layak memilih kerana kita MEMANG perlu memilih. Memilih yang terbaik dengan meminta petunjuk daripada Allah. Yang terbaik adalah pilihan Allah untuk kita. Andai yang ditakdirkan Allah untuk kita bukanlah si hero idaman kita atau perwira kebanggaan negara, nah, inilah gunanya kata-kata hikmah itu. Kata2 itu selayaknya digunakan untuk diri sendiri ketika ini, tetapi bukan untuk ditujukan kepada orang lain. Agar kita insaf akan kekurangan diri sendiri dan sentiasa berusaha mencari kebaikan yang ada dalam diri pasangan. Kerana hanya diri sendiri dan Allah yang mengetahui isi hati kita. Biarlah kita gunakannya untuk menilai diri ini agar kita dpt mempertingkatkan dan memperbaiki diri masing2. Semuanya bermula dari dalam diri sendiri. Andai kita ikhlas menerima segala kelebihan dan redha dengan kekurangannya, semoga Allah juga membukakan pintu hatinya untuk menerima kita seadanya dan pada masa yang sama berusaha utk saling tolong-menolong memperbaiki diri masing2. Kekurangan yang ada pada pasangan sebenarnya adalah satu peluang yang Allah peruntukkan untuk pasangannya mencapai keredhaan Allah. Peluang untuk mengisi ruang kosong itu dengan segala macam kelebihan masing2 yang tiada pada pasangannya.

YOU COMPLETE ME... because I’m NOT COMPLETE without you.
           
Tentang perihal masak memasak pula, hmm.. nak sangkal.. nanti orang kata.. hehe! Sbb dia x pandai masaklah tu.. Memang betul, memasak bukan bidangku. Daku x se’terer’ mak, kakak dan arwah nendaku. Bahkan memasak jarang sekali. Tapi ia tidak bermakna daku tidak berminat untuk memasak. Cuma, mungkin belum ada peluang untuk memasak. Jadi, misiku ialah untuk memasak untuk si suami biarpun x sedap.. dia kena makan.. haha! Harap benar suamiku nanti seorang yang tidak mudah komplen.. hehe! Tapi jangan risau wahai bakal suamiku, daku akan berusaha untuk belajar memasak. Kalau tak, terpaksalah dikau makan soto, mee goreng mamak, popiah goreng, karipap, agar2 dan beberapa jenis pudding sahaja sepanjang hayat.. sbb itu shj yang diri ini pandai masak dan yang orang kata sedap. Yang lain, hampeh..huhu! Jadi, wahai bakal suamiku.. maafkanlah ye, jika daku bukan seorang tukang masak yang terer tp daku akan cuba yang terbaik. Relaku berkorban demi mereka yang tersayang. Dan daku juga berdoa agar dikau juga akan terus berusaha menjadi seorang imam untuk keluarga dan semoga dikau mampu menjadi imam/pemimpin kepada hambaNya yang bertaqwa.
 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Berusahalah, wahai bakal suamiku.
Kerana daku juga ingin menjadi sebaik-baik wanita (isterimu);
yang sentiasa bersyukur atas segala kebaikan yang sudi dikau hulurkan padaku
yang selalu bersabar dengan ketidakmampuanmu menyediakan sesuatu
yang gigih menyenangkan hatimu selalu tatkala melihatku
dan berusaha mentaatimu di kala dikau memerintahku.
Semoga Allah sentiasa memberikan jalan kemudahan.
Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

2 comments:

  1. kadangkala yang tersurat dan tersirat tiada bezanya,tp mungkinkah juga ia hanya sebuah harapan..? ;-)

    ReplyDelete