Islamic Widget

Sunday, 27 February 2011

A Reason, A Season or A Lifetime..?

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person. When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed.

They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be.

Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to take a stand.

What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.

Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it, it is real. But only for a season.

LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life.

It is said that love is blind but friendship is clairvoyant. Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.


 
~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Sunday, 23 January 2011

Cinta Itu...

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

Cinta itu...
Tika bicara menjadi hambar
Kenangan lalu semakin pudar
Senyuman manis terasa tawar
Tetapi tidak cinta itu...
kerana ia tidak kan bertambah dengan kebaikan
tidak pernah berkurang dek perbezaan
hanya ke tempat asal ia dikembalikan
di mana ia seharusnya dibiarkan
bersendirian tanpa gangguan
agar lebih utuh biar ditelan zaman
supaya lebih suci kerana tidak didagangkan
semoga tetap teguh walau tidak menjadi buruan
biarkanlah ia menanti si rama-rama yang diperuntukkan
andai Allah izinkan.

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Saturday, 15 January 2011

Izinkan Ku Raih Cintamu

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

Sumber: Pejuang Sempadan Hati

Entah hendak ku mula dari mana, untuk mempersembahkan semua bicara.
Luahan kata dari sudut jiwa.
Yang selalu resah biar wajah nampak ceria, yang selalu gundah biar ada senyum di hujung kata-kata..
Tertanya-tanya aku ada ketikanya;
Aduhai Tuhan…
Manakah letaknya aku di antara semua hamba-hambaMU..?
Lebih rendahkah aku dari taraf sang semut yang tidak pernah berhenti berzikir mengagungkanMu?
Atau lebih muliakah sang bulan & matahari yang setia & tak pernah mengingkari perintahMu?
Atau tiada langsungkah tempatku dalam rahmatMu?
Maka, tanpa dapat ditahan-tahan, jatuhlah air mataku berjuraian bila terkenangkan semua itu.
Wahai Allah..
Biar tiada cinta manusia untukku di dunia ini..
Akanku cuba sedaya redhakan hati.
Asalkan dapat kuraih cinta dariMu.
Yang amat mendamaikan, Membahagiakan..
Melapangkan semua kesempitan hatiku..
Menghangatkan semua kedinginan jiwaku..
Kerana cintaMu Allah,
Aku bertambah kasih pada RasulMu,
Aku bertambah sayang pada agamaMu,
Aku bertambah cinta pada ibubapaku..
Sungguh…
Berikanlah aku peluang wahai Kekasihku..
Untuk menyempurnakan cinta ini..
Dan menjadi tetamu jiwa-Mu..
Agar akhirnya, Kan dapat ku bertemuMu & menatap wajahMu..
Dalam kerendahan jiwa, dan kerapuhan iman..
Kurayu ampunanMu..
Ya Allah.. Izinkanlah ku raih cinta-Mu..

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Sunday, 9 January 2011

Berbahagialah..

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Cinta Sejati..?

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Wednesday, 5 January 2011

My Other Half

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

... If he is my other half,
then...
how can I return to Him
as a whole...?

Then.. I shouldn't find my other half,
so that I can return as a whole
but...
can I still get him
to make me a near-to-perfect whole...?
Only He knows the answer...

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Tuesday, 28 December 2010

Dunia Baru Buatku

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

~ Hari ini bermulalah sebahagian episod kehidupan serta karierku
dalam dimensi yang serba baru.
Semoga segalanya berjalan lancar. Ku mulakan hari indahku dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim... Aku melakukannya keranaMu, Ya Allah.
Perbaikilah langkahku dalam setiap urusanku.
Amin, Ya Rabb ~

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Friday, 24 December 2010

Tujuh Golongan Insan Contoh

♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

Kategori : AKIDAH - Akhlak 
Tajuk :
Tujuh Golongan Insan Contoh
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”


Huraian
Pengajaran hadis:
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :
a) Pemerintah yang adil - Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.
Sumber: JAKIM

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Keadilan

♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

Kategori : AKIDAH - Akhlak
Tajuk:
Keadilan 
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
 
Huraian
Pengajaran Hadith:

i) Keadilan hendaklah berlaku dalam semua lapisan masyarakat bermula dari dalam institusi keluarga, masyarakat dan pemerintahan negara.
ii) Keadilan merupakan punca utama berkembangnya kehidupan yang harmoni, aman dan sejahtera sedangkan kezaliman akan mencetuskan kekacauan, kegelisahan dan huru-hara.
iii) Keadilan hanya akan wujud sekiranya sesuatu itu dijalankan mengikut peraturan dan lunas-lunas Islam di mana Islam menolak perasaan pilih kasih dalam menjalankan hukuman, tetapi mementingkan ketegasan demi menegakkan kebenaran.
Sumber: JAKIM

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Tuesday, 21 December 2010

Sabar dan Redhalah

♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

~ Hari ini dalam sejarah (20122010)... Akhirnya, ia tiba juga. Semoga ada yang lebih baik menanti di hadapan. Bukan gembira mahupun berduka, cuma belajar menerima ketentuan yang telah ditetapkanNya dengan sabar dan redha. Pasti ada hikmahNya, insyaAllah ~

Postku di FB malam tadi.. hehe..
Ada yang tertanya-tanya tentang statusku ini. Hmm.. payah nak cerita. Tapi, tolong jangan fikir bukan-bukan. Ia tidak ada kena mengena dengan hal-hal percintaan atau rumahtangga seperti yang selalu disalahertikan..hehe! MAAF, saya tidak bercinta. Saya tiada calon. Jangan tanya lagi yek.. di komen atau di inbox. X larat nak jawab. Tapi saya x kata sy x nk kahwin ye.. andai tiba saat itu, anda semua akan diundang, insya Allah. Hanya Allah yang mengetahui bila saat itu. Masih menjadi rahsiaNya ;-)

                Sengaja sy menjadikan status sy sebegitu.. krn tidak mampu meluahkannya di FB. Well, sekadar perkongsian, sy hanya cuba mengingatkan diri sendiri supaya tidak lupa. Cuba merawat hati yang entahlah.. terluka atau gembira, marah atau sabar.. sbb, skrg ni, rasa macam dah xde perasaan pun ada.. yelah, x kira apa reaksi kita, apa perasaan kita, orang akan sentiasa berprasangka.. n lebih teruk drpd itu, memfitnah.
                Mungkin salah saya juga, tidak tetap pendirian. Tp nk wat macamane, sapelah kita nk meminta2.. sapelah kita nak mempertahankan sesuatu. Apalah hak yang kita ada? Sedangkan jasad dan nyawa ini pun bukan milik kita.. harta yang ada, kepunyaan orang lain juga.. suami yang setia, bukan milik kita sepenuhnya, kena berkongsi juga.. anak setelah dewasa, pasti meninggalkan kita juga... hmm.. jd apa yang tinggal...? Hanya ada satu, tp terpulang pada kita untuk mencarinya...
                Mungkin atas kesedaran itu, saya x tau nk beri reaksi yg mcmane... tp tipulah jika sy kt sy langsung x peduli dgn persekitaran. Cuma selalu terpaksa buat tidak tahu kerana tidak mahu memporakperandakan segalanya. Cukuplah sekadar sy menitiskn airmata kerana kekecewaan lalu dek sikap segelintir manusia yang tidak berlaku adil. Menghukum tanpa usul periksa, menuduh tanpa bukti kukuh dan membuat kesimpulan berdasarkan fitnah. Alhamdulillah, Allah hanya menguji sy setakat itu, dan tidak lebih.. Ramai orang lain diuji dengan rintangan yang lebih hebat.. jd sepatutnya sy bersyukur dapat melaluinya dengan sabar. Lagipun, di sebalik apa yang Allah uji, sebenarnya banyak juga yang telah saya terima dariNya. Pengalaman dan kenangan terindah serta kesempatan yang dikurniakanNya terlalu berharga. Hebatnya Allah.. biarpun dugaan saya tahun ini terlalu perit, Dia menggantikan kedukaan itu dengan perkara yang tidak saya sangkakan.. Alhamdulillah.
                 Jadi, belajarlah menerima apa saja ketentuan Allah. Jika berpeluang mpertahankan diri sendiri, sila lah. Semoga ada kebaikannya. Jika tidak, anggap itu takdirNya. Kita hanya mampu merancang tp Allah yang menentukan. Dan yang pentingnya kita sedar bahawa biar apapun jalan yang terpaksa kita lalui, terimalah dengan sabar dan redha, kerana yang penting adalah keikhlasan diri dan hati serta mengetahui bahawa hala yang kita tuju adalah berlandaskan kebenaran. Semoga ada kebaikan buat diriku... Amin.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Thursday, 16 December 2010

بارك الله لكما ~*Baraka-Allahu-Lakuma*~



Kepada semua yang berkenaan… doaku untuk kalian…
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
Barakallahu lakuma wabaraka a'laikuma wajamaa' bainakuma fii khoir
Semoga Allah memberkati kamu berdua dan semoga kamu berdua dihimpunkan dalam kebaikan. Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga. Amin, Ya Rabb.

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Wednesday, 15 December 2010

Rapuh ibarat Sarang Labah-labah

(Sumber: Sebutir Kasih Sejuta Sayang)
 
Ya Allah, ampunilah aku, imanku rapuh seperti sarang labah-labah 
Detik waktu terus berjalan meninggalkan kita,
Berhias gelap dan terang mewarnai alam semasta,
Suka dan duka tangis dan tawa coretan hidup manusia,
Tergores bagai lukisan tercatat di Khalam Mu yang nyata.

Seribu mimpi berjuta sepi mecorakkan setiap jiwa ini
Hadir bagai teman sejati memberi tanpa di pinta biarpun sekali,
Di antara lelahnya jiwa namun ku gagai jua hati ini,
Dalam resah dan air mata bertandang tidak ku sedari,
Kupersembahkan kepadaMu Wahai Ilahi Rabul Izati,
Yang terindah dalam hidup cinta Mu adalah yang pasti lagi hakiki.

Meskipun ku rapuh dalam langkah hayut dalam buayan alpa,
Kadang tak setia kepadaMu Ya Allah yang tak terhingga kasih-Nya,
Namun cinta dalam jiwa Tuhan menebal itu yang ku damba,
Hanyalah padaMu Tuhan yang Maha Bijak Sana.

Maafkanlah bila hati ku dahulu terkadang lalai mengingati-Mu,
Tak sempurna daku mencintaiMu sebelum ini terhadap-Mu,
Dalam dadaku harap hanya pada Mu Tuhan yang satu,
Tuhan yang bertahta dihati ku sehingga akhir hayatku,
Detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu.
 
Ya Allah, ampunilah aku, imanku rapuh seperti sarang labah-labah...

"Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui..." (al 'Ankabut:41 )


~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Aku Ingin Mencintaimu

" Aku Ingin Mencintaimu "

by RENUNGAN N KISAH INSPIRATIF on Wednesday, December 8, 2010 at 9:00pm

♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥

Aku ingin mencintaimu karena sifatmu yang ceria
menjadi semangat yang menyala di dalam hati ini
tapi kemudian aku bertanya
bila keceriaan itu kelam dirundung duka
seberapa muram cintaku kan ada?

Aku ingin mencintaimu karena ramah hatimu
memberi kehangatan dalam setiap sapaanmu
tapi kemudian aku bertanya
kiranya keramahan itu tertutup kabut prasangka
seberapa mampu cintaku memendam praduga?

Aku ingin mencintaimu karena cerdasnya dirimu
membuatku yakin pada putusanmu
tapi kemudian aku bertanya
ketika kecerdasan itu berangsur hilang menua
seberapa bijak cintaku tuk tetap mengharapmu?

Aku ingin mencintaimu karena kemandirian yang kau miliki
menyematkan rasa bangga ku yang mengenalmu
tapi kemudian aku bertanya
jika di tengah itu rasa manjamu tiba menyeruak
seberapa cintaku tetap bersamamu?

Aku ingin mencintaimu karena tegarnya sikapmu
menambatkan rasa kagum pada kokohnya pertahananmu
tapi kemudian aku bertanya
andai ketegaran itu rapuh diterpa badai
seberapa kuat cintaku bertahan?

Aku ingin mencintaimu karena pengertian yang kau berikan
menumbuhkan ketenangan karena kepercayaan yang kau tanam
tapi kemudian aku bertanya
kelak pengertian itu tertelan oleh ego sesaat
seberapa ku mampu mengerti cinta ini?

Aku ingin mencintaimu karena luasnya danau kesabaranmu
menambah dalamnya rasa cinta semakin ku mengenalmu
tapi kemudian aku bertanya
mungkin kesabaran itu mencapai batas membendung kesalahanku
seberapa besar cinta mampu memaafkan?

Aku ingin mencintaimu karena keteguhan imanmu
bagai siradj yang benderang mengantarkan cahaya
tapi kemudian aku bertanya kala iman itu jatuh menurun
seberapa berkurang akhirnya cintaku padamu?

Aku ingin mencintaimu karena kau yang tlah kupilih
sebagai cinta yang kan kupegang sepanjang hayat
tapi kemudian aku bertanya pun hati ini tergoncang
seberapa mantap cinta ini tuk tetap setia?

Andai sejuta alasan tak cukup
untuk membuat cinta ini tetap bersama dirimu
maka biar kupinta satu alasan tuk menjaga cintaku..

Aku ingin mencintaimu karena Allah..
karena Dia kan selalu ada tuk menjaga
maka cintaku kan tetap utuh dan setia
hingga kelak, ku tak mampu lagi mencintaimu
karena cintaku berpulang pada-Nya..

*untuk dia yang ku ingin mencintainya, kata yang ingin kuucap, kupegang dan kupertahankan..

setelah walimatul ursy’..

Bismillahirrahmaanirrahiim. Aku ingin mencintaimu karena Allah..

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Sejenak Ke Alam Rumah Tangga

(Sumber: Sebutir Kasih Sejuta Sayang)

Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya keresahan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun hakikatnya itulah mereka wanita lembut pada jiwa dalam sanubari.

Namun, kembara dalam kehidupan yang sementara ini.bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang tenang atau emosi ?andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara sumpah seranah kerana si dia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan penjelasan kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facieini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar" Sayang abang tak ulang lagi "katakan " Sayang....abang alpa "bisikkan " Darling.. I lupa.."hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati yang suci

Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi...kalau kena cicahnya enaknya akan terasa.ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh...tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehanyang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehanyang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.

Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ?semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-pujidia kini sudah menjadi ibupada anak-anak kita sudah takdir...permata yang dipilihperlu digilap semula.

Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha.justeru isteripada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput.

Katakan wang bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku...marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri,istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.itulah cinta sejati.

Namun tidak salah di samping menyanjung budi,kita merampingkan 'body'kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya  membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosalalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.Dia yang membantu menjaga makan minum kita.Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita...lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.Marilah kita pertahankan bersama. Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,biar setia kita makin waja.Biarlah skrin-skrin internet  memaparkanyang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretanyang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri.Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur.Bersamalah kita harungi derita yang datang.Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...tidak kutagih setia, sesetia Hawa.Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.Terimalah kehadiran ku di sudut tersuci di dalam hatimu.....seorang isteri

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Kesilapan Kita Dalam Mendidik Anak

(Sumber: Sebutir Kasih Sejuta Sayang)

Hati kita sebagai ibu-bapa kadangkala terusik kenapa anak-anak yang telah diberi pelajaran yang secukupnya dalam bidang Fardhu Ain, masih mengalami masalah salah-laku?

Qurannya sudah khatam (habis dibaca), solat, wuduk, puasa dan lain-lain sudah dikuasai ilmunya, tetapi mengapa masih jahat juga?

Tak cukupkah lagi dengan pengajaran yang diberi?
Atau ada ‘kebocoran’ di mana-mana sewaktu proses mengajar dan mendidik?.
Masalah ini perlu disuluh secara teliti, dan dengan pemikiran yang lebih kritis. Kenapa benih padi yang kita tanam, lalang pula yang tumbuh?
Apapun, pada saya ini masalah ini tentu ada kaitannya dengan perkara asas dan teras. Ya, ini berpunca daripada masalah tauhid – keyakinan dalam hati yang menjadi punca perlakuan dan tindakan.
Tauhid atau akidah adalah ilmu asas yang paling awal wajib diajarkan kepada anak-anak. Tujuan ilmu Tauhid adalah untuk memperkenalkan Allah menerusi nama dan sifat kebesaran-Nya. Kenal akan Allah – ertinya kenal akan sifat-sifat kesempurnaan-Nya yang serba ‘Maha’ seperti Maha Pengasih, Penyayang, Memiliki, Suci, Sejahtera, Memelihara dan sebagainya. 

Apabila sudah mengenali sifat-sifat kesempurnaan Allah ini maka diharap akan timbullah rasa kasih, malu, kagum, sayang, takut, harap, hina, rindu, cinta dan lain-lain dalam diri anak-anak. Apabila timbul rasa-rasa itu maka itulah nanti yang akan mempengaruhi tindakan, percakapan dan perasaannya. Tindakannya adalah tindakan orang yang takut dengan Allah. Percakapannya adalah percakapan orang yang cintakan Allah. Begitulah seterusnya, setiap rasa tertentu akan melahirkan tindakan atau perbuatan yang selaras dengan rasa itu…

Selalu diungkapkan, “tak kenal maka tak cinta.” Untuk cinta, mesti kenal. Maksudnya, jika seorang anak itu benar-benar kenalkan Allah, maka sudah pasti ia cintakan Allah. Dan apabila dia telah cintakan Allah, maka dengan sendirinya lahir perbuatan-perbuatan yang selaras dengan rasa cintanya itu. Apa yang Allah suka, dilakukannya. Apa yang Allah benci, ditinggalkannya.

Tetapi sekiranya lahir perbuatan-perbuatan negatif (menyalahi kehendak Allah), maka itu menunjukkan ia tidak mempunyai rasa cinta. Bila dia tidak mempunyai rasa itu, ini bermakna dia tidak benar-benar kenal akan Allah. Lalu kita bertanya, mengapa seseorang itu masih tidak kenalkan Allah walaupun telah sekian lama diperkenalkan kepada-Nya melalui pengajaran ilmu Tauhid?

Bukankah anak kita sudah tahu yang Tuhannya bernama Allah?
Dia pun sudah menghafal sifat-sifat yang wajib,mustahil dan harus bagi-Nya. Sesetengah anak kita, malah sudah hafaz semua nama-nama Allah yang baik (Asmaul Husna).
Tetapi hairan juga kita kenapa dia tegamak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dipelajarinya? Dengan kata yang lain, kenapa pengetahuan Tauhidnya tidak berperanan langsung dalam kehidupannya?
Pada pandangan saya, ada beberapa sebab, mengapa pengajaran dan pendidikan ilmu tauhid yang kita sampaikan kepada anak-anak tidak berkesan. Antara sebab-sebab itu ialah:

1. Tidak memanfaatkan usia muda yang paling optimum.Usia yang paling optimum untuk menanamkan ilmu Tauhid ialah antara 8 bulan hingga 8 tahun.
Pada waktu ini fitrah anak-anak sungguh bersih, ditambah pula oleh fikiran, perasaan dan jiwanya yang mula berkembang. Usia ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk memperkenalkan Allah secara mudah, ‘natural’, santai dan berterusan.
Hujjah akal tidak diperlukan sangat. Yang penting, memberitahu, menetapkan dan meyakinkkan.
Dalil dan pemikiran rasional tidak dituntut justeru pada usia sebegini selalunya akan-anak menerima sahaja input yang kita berikan kepada mereka. Katakan, Allah itu Penyayang, Allah itu Pengasih, Allah itu Penyabar… maka anak-anak akan menerimanya tanpa soal lagi.
Sayangnya, tempoh usia muda ini selalunya diabaikan oleh ibu-bapa dengan alasan, “biarlah… mereka tidak tahu apa-apa, mereka masih kecil lagi.” Sedangkan hakikatnya, pada usia itulah mereka sangat bersedia untuk dicorakkan oleh apa sahaja yang disogokkan menerusi pembukaan semua ‘tingkap’ yang diwakili oleh seluruh pancaindera mereka. Mereka, hakikatnya boleh tahu ‘apa sahaja’. Lalu alangkah baiknya, jika peluang dan ruang ini diisi untuk memperkenalkan Tuhan kepada mereka. Pesan ulama:“Awal beragama adalah mengenal Allah.”
Selalunya, orang yang paling awal kita kenali dalam hidup, maka orang itulah yang paling besar pengaruhnya dalam kehidupan kita apabila dewasa.
Pakar-pakar psikologi menggunakan istilah ‘pelaziman individu rapat yang berpengaruh’ untuk menerangkan hal ini. Sebab itu anak-anak yang telah diperkenalkan kepada Allah sejak kecilnya, akan membentuk menjadi orang dewasa yang dipengaruhi oleh rasa tauhid yang mendalam.
Tauhid umpama benih yang disemai pada awal usia, dan akan tumbuh membesar selaras dengan pertambahan usia. Ibu-bapa yang bijak, akan memanfaatkan masa perbualan, waktu makan, waktu bermain dan apa sahaja waktu bersama anaknya untuk memperkenalkan Tuhan.

2. Tidak manfaatkan unsur alam bagi memperkenalkan Tuhan.Alam ini tandanya adanya Tuhan.
Bukan sahaja alam ini membuktikan Tuhan itu ada, tetapi alam juga membuktikan Tuhan Allah maha Berkuasa…
Soalnya bagaimana hendak diperlihatkan dan dirasakan kepada anak-anak itu akan kebesaran dan keperkasaan Tuhan menerusi penciptaan alam ini? Mudah sahaja, tunjukkan dulu akan kebesaran dan kehebatan alam ini.
Terangkan betapa teraturnya alam ini dengan bulan, bumi dan matahari sentiasa bergerak dan beredar dalam orbit masing-masing. Dari pusingan dan peredaran itu terjadilah siang dan malam, hari, minggu, bulan dan tahun.
Betapa sukarnya kita hendak menggerakkan sesuatu, perlukan tenaga dan daya yang kuat… maka tentulah Tuhan yang menggerakkan seluruh semesta alam ini lebih kuat, dan lebih berkuasa.
Ertinya, sains adalah ilmu yang paling signifikan untuk menanamkan rasa tauhid dalam diri anak-anak. Bukankah sejarah pencarian Nabi Ibrahim untuk mengenali Tuhan ‘terpaksa’ melalui liku-liku dalam ilmu sains? Baginda melihat betapa besarnya kejadian ciptaan Tuhan – seperti bintang, bulan dan matahari. Timbul rasa kagum dalam dirinya akan kehebatan ‘ciptaan-ciptaan’ itu.
Lalu itu semua pernah disangkanya sebagai Tuhan…
Namun oleh kerana ‘kebesaran’ kejadian-kejadian itu akhirnya dilindungi oleh yang lain, maka baginda merasakan tentu ada lagi zat lain yang ‘Maha besar’ – yang mengatasi kebesaran bintang, bulan dan planet-planet itu. Maka pada ketika itulah Nabi Ibrahim diperkenalkan kepada Allah oleh malaikat Jibrail.
Maka kaedah yang sama perlu digunakan masakini.
Bawa anak-anak melihat ‘kebesaran’ alam dalam perjalannnya melihat kebesaran Tuhan. Selagi anak-anak tidak nampak kebesaran alam ciptaan Tuhan ini maka sukar baginya merasakan kebesaran Tuhan yang menciptanya. Oleh itu anak-anak mesti didedahkan selalu kepada pelajaran Sains. Bawa dia dekat dengan alam. Kemudian tarik dirinya untuk mengenal Allah yang mencipta alam.
Menerusi penciptaan planet, haiwan, tumbuhan dan sebarang organisma yang begitu teratur, unik dan indah maka selitkan bahawa ada zat yang Maha Pengatur, Maha Besar dan Maha Indah.
Tidak mungkin segalanya tercipta dengan sendirinya… tentu ada yang Mencipta. Tidak mungkin alam itu teratur tanpa sengaja… tentu ada yang mengaturnya. Bukan sahaja ada yang mencipta dan mengatur, tetapi yang mengatur itu Maka Berkuasa dan Maha Perkasa.
Maksud ilmu sains di sini bukanlah yang begitu rumit dan kompleks sehingga ibu-bapa terpaksa membuat kajian dan rujukan. Tetapi memadailah jika alam ini dijadikan latar atau alat untuk memperkenalkan Tuhan. Bila hujan, tanyakan kepada anak, “siapa jadikan hujan?”
Bila dibawa melawat zoo, melihat berbagai-bagai jenis haiwan, maka usik anak-anak kita dengan pertanyaan-pertanyaan yang boleh memperingat dan memperkenalkan Tuhan kepada mereka. “Agak-agak, ibu monyet tu sayang ke anaknya?” Nanti bila anak kita mengiyakannya, maka kita katakan, “pandai, kalau tak sayang tak kanlah dikendong anaknya ke sana kemari. Semua tu telah Allah dah aturkan. Allah Maha Bijaksana!”

3. Memperkenalkan dahulu sifat-sifat Allah yang Maha Keras.Menerusi tertib penurunan wahyu, Allah telah memperkenalkan dahulu sifat-sifat-Nya yang lembut, baik, pemurah, penyayang… sebelum memperpekalkan sifatnya yang Maha membalas, punya siksa yang Maha pedih dan sebagainya.
Ini juga satu kaedah untuk menyuburkan rasa tauhid ke dalam diri anak kita. Kenalkan dahulu sifat-sifat yang mendatangkan rasa ‘cinta’ daripada rasa ‘takut’.
Walaupun cinta dan takut itu wajib ada dalam diri anak-anak, tetapi dalam kaedah menanamkannya ke dalam hati, rasa cinta mesti di dahului daripada rasa takut.
Kenapa agaknya, kaedah semacam itu perlu dipilih untuk mendidik rasa tauhid? Sebab, Allah mahu menimbulkan rasa dekat, rasa cinta dan rasa sayang para hamba terhada diri-Nya.
Dengan rasa cinta, sayang itu barulah hamba-Nya merapatkan diri. Datanglah pengabdian dan ketaatan hasil rasa cinta. Selepas itu barulah diperkenalkan-Nya sifat-sifat yang menggerunkan seperti Dia memiliki siksa yang amat pedih, Maha Merendahkan, Maha Pengancam dan sebagainya.
Ertinya, anak-anak mesti dididik dengan rasa cintakan Allah berdasarkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lembut lebih dahulu sebelum rasa takut berasaskan sifat dan nama-nama-Nya yang keras.
Malangnya, ini tidak berlaku. Bila anak melakukan kesalahan, maka kita ugut dia… nanti Allah humban dalam neraka. Bohong? Lidah kena gunting dengan api! Akibatnya, anak-anak akan mengenali Allah sebagai Tuhan Maha menghukum, Maha mengazab dan sebagainya.
Betul, demikian tetapi salah caranya. Kenapa tidak Tak diterangkan misalnya, bila hujan turun… kita katakan, wah Allah sayang kita. Bila berdepan dengan juadah yang banyak, kita kan syukur banyaknya rezki kita malam ni… ini bukti Allah Pemurah.
Bila anak-anak melakukan kesalahan, kita anjurkan dia meminta maaf… katakan bahawa Allah itu Maha Pengampun! Walaupun Tauhid itu ajaran yang penting, tetapi kaedah tepat untuk menyampaikannya juga sangat penting. Justeru, betapapun bahan masakan berzat tetapi kalau silap kaedah memasaknya, maka musnah jua akibatnya!

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~

Ukhty...Kamu cantik sekali....

by Abu Hanifah on Monday, December 13, 2010 at 1:56pm
Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang
rupa atau pun bentuk tubuh kita.
Namun Ia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi cantik body tak akan pernah abadi.
Saat ini para pesolek boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya.
Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah keriput,
rambut pun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membongkok termakan usia,
tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan.
Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahat, tentu tak akan ada manusia yang mau mendekat.

Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan?
Sebaik-baiknya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar.
Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mendedahkan,
mencantikkan gambar atau men"posing" dalam pelbagai angle ,
sedangkan hakikatnya wajah itu bukan miliknya.
Tidakkah engkau merasa sedikit malu bila banyak mata lelaki ajnabi yang memandangi berhari-hari?
Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa keizinanmu kerana engkau sendiri yang menayangkan rupamu.. Ataukah rasa malu itu telah punah, musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebagian dari keimanan.

Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang?
Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya?
Adakah derajatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji?
Tak ada yang menjamin wahai ukhti.
Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tak punya harga di hadapan-Nya,
karena kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Ukhti, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga,
bukan barang murah yang bisa dinikmati dengan mudah.
Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa.
Dimana harganya jika kecantikan telah ditayangkan umum.
Dimana kehormatan sebagai hamba tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir,
musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Ukhti, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan fizikalmu itu dipadu dengan kecantikan hatimu.
Apalah ertii cantik rupawan bila tak memiliki keimanan.
Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat.
Cantikkan dirimu dengan cahaya-Nya.
Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan.
Hati yang taat senantiasa patuh pada syariat.
Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Ukhti, kamu cantik sekali
Maka tampillah cantik di hadapan penciptamu
karena itu lebih bermakna dari pada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu
Tampillah cantik di hadapan suamimu, karena itu adalah bagian dari jihadmu.
Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keridhoan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, karena itu lebih abadi.

~Berhenti apabila cukup, memadai apabila sederhana~